“Banyak benda yang Shuib sorok daripada saya”, dedah bapa Sarah Raisuddin cetus tanda tanya

Oleh MHDAILY

“Banyak benda yang Shuib sorok daripada saya”, dedah bapa Sarah Raisuddin cetus tanda tanya. “ABAH, abah! Boleh Siti tanya? Kalaulah Siti m4t1, abah datang tak kvbur Siti?”

Pertanyaan itu pernah membuatkan Raisuddin Hamzah, tersent4k dan terdiam.

Soalan itu datang daripada anak perempuannya, Siti Sarah, yang ketika itu usianya belasan tahun.

"Banyak benda yang Shuib sorok daripada saya", dedah bapa Sarah Raisuddin cetus tanda tanya

Kata Raisuddin, masih dia ingat, waktu itu, Sarah baru ada sebuah album dan muda belia.

 

Masih belum berkahwin. Perbualan itu juga cuma terhenti disitu. Tidak dipanjang-panjangkan Raisuddin selepas dia menepis kata, ‘Ah, apa saja yang kau meng4rut ini, abah yang akan m4t1 dulu!’.

Ternyata, hanya selepas pemergian 4rw4h, pertanyaan itu terbangkit di minda lelaki berusia 66 tahun ini ketika mengintai kenangan-kenangan lama yang sebenarnya sangat sukar untuk dilupakan.

“4rw4h sangat rapat dengan saya berbanding dua beradiknya yang lain. Keluar sahaja dari pervt ibunya, dia dah dengan saya. Dimandikan, dijaga, pendek kata memang melekat saja.

“Pernah, waktu dia berusia 12 tahun, saya balik kerja pagi, maklumlah kerja di set penggambaran balik lewat. Tengah tidur, tiba-tiba sebelah saya rasa h4ba. Tengok-tengok, dia tengah tidur sebelah saya.

“Terus saya tol4k dia, m4rah. Dah besar pun nak tidur dengan abahkah? Tanya saya. Sempat saya terdengar dia jer1t adoi! Masa terj4tuh ke lantai,” kata Raisuddin sambil ketawa teringat akan keletah anak k3$ayangannya itu.

Tidak cuma itu, kata Raisuddin, setelah 4rw4h men1ngg4l dunia, dia juga teringat akan satu kean3ehan yang ditunjukkan oleh Sarah,semasa dia masih kecil.

“Masa itu, rasanya umur dia sebaya Ayash. Dia tak boleh dengar azan berkumandang, dia mesti akan menang1s. Bukan menang1s t4kut, tapi macam tengah s4yu h4ti, tersedu-sedu.

“Bila teringatkan hal itu sekarang, baru saya boleh kaitkan dan cuba fahami. Kita manusia, barangkali, anak kecil sepertinya waktu itu, teringatkan perjanjian dengan-Nya dulu. Sampai masa, oh, rupanya dia yang pergi dulu, tinggalkan saya, suami, anak-anak dan keluarga,”katanya.

Jelas Raisuddin, sejak Sarah pergi dijemput Ilahi pada 9 Ogos tahun lalu, tidak sedikit pun hati seorang ayah sepertinya mampu men4han perasaan sed1h di hati. Malah berkali-kali dia bertanya pada diri, mengapa tidak nyawanya yang diambil Tuhan terlebih dahulu?

“Macam terbalik, sepatutnya saya yang pergi. Rupanya, dia yang pergi dulu. Macam kelakar pun ada. Tapi itulah kenyataannya. Maknanya, hukvm akal kita memang tak boleh pakai. Sebab apa yang kita kata itu, Tuhan kata tidak.

“Allah SWT itu mahu tunjukkan kebesaran-Nya.Dia yang mencatur dan mengarah jalan cerita hidup kita. Jadi, kalau kita pegang pada iman, percaya pada Dia, kita kena terima ketentuan-Nya.

“Menang1s,bukan tak menang1s. Tanyalah isteri saya, bila saya menang1s. Air mata itu keluar dengan sendirinya. Tapi ingatlah, apa sahaja yang terjadi, reda itu pent1ng. Nak tak nak kita kena reda,”katanya.

Saya faham perasaan Shuib

Beralih pertanyaan kepada keadaan Shuib di matanya, kata penyanyi era 80-an ini, dia tidak menolak, menantu lelakinya itu masih belum benar-benar ‘pulih’ daripada beban ral4t, rindu, sed1h dan ped1hnya patah hati.

Sebesar mana pun rasa cinta dan sayang Shuib pada 4rw4h Sarah, hakikatnya, sebagai seorang bapa, kasih dan sayangnya terhadap 4rw4h juga malah lebih besar.

Namun, melihat kepada diri menantunya itu kini, Raisuddin sedar, ada sesuatu yang belum beres antara dia dan Shuib untuk hal yang satu ini.

“Sejak 4rw4h men1ngg4l, saya dengan dia masih belum duduk bersama berbual dari hati ke hati. Dia banyak sorok benda daripada saya. Saya faham, bukan tak faham keadaan dia yang terasa keh1langan.

“Dia dan 4rw4h, sangat rapat. Mereka berdua boleh jadi macam-macam. Boleh jadi suami isteri, kawan baik, bergvrau s3nda pun kadang-kadang saya pun rasa tak sanggup nk buat Shuib begitu. Tapi Shuib rela dan okey bila Sarah gvrau dengan dia.

“Contoh macam watak Mat Jeggey itu. Seronok tengok keletah mereka berdua. Tapi ada ketika, sekarang ini, saya rasa adakah kerana saya dan keluarga masih ada bersama-sama maka ia buat dia rasa semakin susah nak ‘move on’? Sesekali terbit pertanyaan begitu,”katanya.

Kata Raisuddin, pernah dia terfikir, adakah dia perlu menjauhkan diri daripada Shuib supaya menantunya itu dapat meneruskan hidup mengikut cara sendiri.

“Tapi setakat ini, tidaklah pula dia berbunyi. Dia lebih banyak bercerita dengan orang lain, yang dia selesa. Saya tak marah, faham keadaan dia.Bermakna, dia letakkan saya ini pada kedudukan begitu tinggi dan dia hormat. Mungkin juga dia takut saya rasa sed1h sepertinya.

“Dia pun tahu sejarah saya dengan 4rw4h anak macam mana. Sangat rapat. Saya fikir, nanti perlu ada satu ruang untuk kami berdua bersama-sama duduk berbual dari hati ke hati,”katanya.

Nasihat buat Shuib

Tentu, sebagai seorang bapa mentua, dia juga inginkan Shuib sebagai menantu untuk sentiasa bersabar dengan ketentuan ini. Namun, bak kata orang, hanya masa yang mampu mengubati hati.

“Kita semua nak yang terbaik dalam hidup. Tapi jangan lupa, baik buruk yang ditentukan oleh Allah SWT itu juga kita kena terima. Itu percaturan Dia. Bila sampai waktu kita dah tak rasa apa pun.

“Sebab, kita selalu fikirkan dunia kita, usia kita. Walhal, orang yang lebih awal daripada kita, pernah berlaku hal begini juga. Tunggulah kita punya sirat. Kita punya jalan cerita masing-masing,”katanya.

Selain itu, kata Raisuddin, sambutan Aidilfitri juga mungkin tidak seceria dahulu. Bahkan, hal itu juga telah dirasakan saban harinya bersama keluarga termasuklah Ramadan lalu.

Hal ini juga diakui oleh isterinya, Siti Fatimah Suberi, yang selesa dipanggil Makder oleh kalangan ahli keluarga dan rakan kenalan 4rw4h.

“Puasa pun dah terasa. Sebab, kami semua, masih terasa dia ada. Selama ini, dia umpama penyeri dalam rumah itu. Sekarang, rumah jadi sunyi sangat. Bila dia pergi, dia seolah-olah telah membawa sekali seri itu. Dia harus ada. Raya kali ini pun tak tahu nak kata macam mana.

“Kalau di rumah, memang bab makanan dia sangat jaga dan tidak lokek. Tak pernahlah di rumah itu terputus makanan. Kita akan cari masa sama-sama berkumpul di rumah. Memang sudah jadi kebiasaan,”katanya.

Hilang kawan gadvh, kawan memasak – Makder

Bagi mereka yang mengenali 4rw4h Sarah, pasti tahu, hubungan antara penyanyi tersebut dengan Makder bukan cuma terbatas pada gelaran ibu tiri semata-mata.

Bahkan, semasa hayatnya, ramai boleh nampak bahawa dia dan Sarah, akrabnya umpama dua orang sahabat baik yang tak dapat dipisahkan.

“4rw4h tahu segala rahsia saya dan saya juga tahu rahsia dia. Kami berkongsi banyak benda. Saya ini umpama hilang kawan gaduh, kawan masak saya. Bila dengan dia, ada saja yang kami nak gaduhkan. Saya ini pendiam, dia pula seorang yang sangat suka bercakap dan bising.

“Kalau bab masak, saya ini kelebihan boleh memasak. Dia pun sama. Cuma adakala Sarah pandai pancing saya untuk memasak di rumahnya. Dia telefon nak tanya resipi masakan. Alih-alih, saya pula yang diminta datang ke rumah untuk masakkan juadah yang dia nak.

“Saya rindu sangat dengan 4rw4h. Sungguh tak tergambar perasaan rindu ini bagaimana. Kadang-kadang teringat kata-kata dia, keletah dia, gerak-geri dia. Semuanya,”katanya.

Maklum Makder, adakala jika rindu datang menjelma, dia akan menatap wajah anak pertama Sarah dan Shuib, Uwais Al-Qarni yang kini berusia 11 tahun.

“Uwais sangat mewarisi wajah 4rw4h Sarah. Malah, bentuk tangan dan kukunya juga saling tak tumpah dengan 4rw4h. Kalau saya rindu, saya tengok Uwais dan pegang tangan dia, memang sama,”katanya

BACA:

Bank dah tak terima duit syiling? Habis tu macam mana dengan orang yang menabung pula

Ini doa khusus Tuan Guru Nik Aziz buat Anwar Ibrahim yang ramai anak muda tak sedar