Bantuan laptop percuma untuk mahasiswa, klik untuk memohon

Oleh MHDAILY

Bantuan laptop percuma untuk mahasiswa, klik untuk memohon. Kerajaan mensasarkan untuk membantu golongan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di dalam kelompok keluarga B40 mempunyai akses digital dalam menjalani pembelajaran di Universiti melalui pemberian peranti mudah alih. Berikut merupakan butiran lanjut.

pakah itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)?

  • Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti berupa sebuah tablet kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara
  • Objektif inisiatif PerantiSiswa adalah untuk:

i. Membantu golongan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di dalam kelompok keluarga B40 mempunyai akses digital dalam menjalani pembelajaran di Universiti melalui pemberian peranti mudah alih

Bantuan laptop percuma untuk mahasiswa, klik untuk memohon
ii. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi merapatkan jurang digital dengan menambah baik elemen mampu milik peranti terutamanya mahasiswa golongan B40

Siapakah layak untuk memohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)?

  • Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
iii. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
iv. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
v. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
vi. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan

Bagaimanakah untuk memohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)?

  • Permohonan ditutup 15 Mei 2022
    i. PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022
  • Permohonan PerantiSiswa boleh dibuat di pautan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)
  • Pemohon boleh merujuk kepada dokumen Manual Pengguna yang terdapat pada laman web Sistem Permohonan PerantiSiswa

BACA:

‘Saya nak curi tali je, tak tahu kambing ikut sekali dibelakang’

Apa dah jadi dengan Engku Emran dan Noor Nabila?

Johan lompat ke Hot FM pula