Bantuan am kerajaan RM350 setiap bulan, senang je rupanya nak mohon! Ini cara permohonan
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan
inisetif ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.
Antaranya bantuan tunai RM100 hingga RM350 sebulan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tunai ini:-
Bantuan Am Persekutuan
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan.
Bantuan Am Persekutuan ini pada asasnya objektif untuk diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 setiap keluarga.
Syarat kelayakan
Rakyat dan penduduk Wilayah Persekutuan
Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
Purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) isi rumah semasa; atau
Purata Semasa Miskin Per Kapita PGK
Kumpulan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak dilindungi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.
Cara memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Memandangkan bantuan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan, permohonan hanya boleh dikemukakan di cawangan Pejabat JKM di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan:
Salinan Kad Pengenalan pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada);
Dokumen lain yang berkaitan.
BACA:
Dituduh tak bayar hutang Aliff Syukri, ini respon bekas Menteri berpangkat Tan Sri
Tak sangka! Rupanya ini kehidupan sebenar Watie sebelum berkahwin dengan Shuib ramai tak tahu!