Bantahan kenaikan harga barang, 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan

Oleh MHDAILY

Bantahan kenaikan harga barang, 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan. Seramai 10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat.

Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.
“Siasatan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan difahamkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Peguam-peguam KANUN akan mengiringi pimpinan yang akan hadir ke IPD Dang Wangi pada hari Isnin jam 10 pagi untuk memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, hampir 100 orang menghadiri himpunan aman yang bermula jam 2 petang sebelum disuraikan oleh anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

Turut hadir pada himpunan itu termasuk Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah, Faiz Fadzil.

Bantahan kenaikan harga barang, 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan

Pada himpunan itu, Amanah memberikan tempoh 11 hari kepada kerajaan untuk menunaikan tiga tuntutan bagi mengatasi isu kenaikan harga.

Pengarah Biro Mobilisasi dan Biro Pengguna Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, tiga tuntutan itu adalah mengembalikan subsidi makanan yang dipotong oleh kerajaan, menghapuskan sistem permit import (AP) makanan dan menuntut kerajaan mengadakan satu sidang khas Parlimen.

BACA:

Pemain terbaru JDT rupanya anak Raja

Neelofa dedah rahsia mudah tidurkan Bilal, siap bagi teknik

Alif Syukri bengang soalan Pak Nil padanya terlalu kasar di program TV

Leave a Comment