Banjir punca Bank Islam dan Agrobank tutup operasi di Kelantan

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Agrobank telah menutup sementara operasi beberapa cawangan mereka

Di Kelantan berikutan banjir yang melanda negeri tersebut.

Agrobank, melalui notis yang dimuat naik di laman Facebook rasminya semalam, memaklumkan bahawa

cawangan-cawangan yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian, dan kiosk Rantau Panjang.

“Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan-cawangan yang terjejas serta cawangan sokongan berdekatan,

Banjir punca Bank Islam dan Agrobank tutup operasi di Kelantan

sila ikuti perkembangan terkini melalui platform media sosial rasmi Agrobank,” menurut notis tersebut.

Sekiranya pelanggan memerlukan maklumat mengenai perkhidmatan kewangan, mereka boleh menghubungi Pusat Panggilan Agrobank di 1-300-88-2476 atau melayari www.agrobank.com.my.

Sementara itu, BIMB juga mengumumkan penutupan sementara enam cawangannya sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian. Cawangan-cawangan yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Pasir Tumboh, Pasir Mas, dan Wakaf Bharu.

Namun, pelanggan BIMB masih boleh mengunjungi cawangan sokongan berhampiran di Kubang Kerian, Kota Bharu, Tanah Merah, Bandar Baru Tunjong, Padang Garong, dan Gua Musang untuk mendapatkan khidmat perbankan.

“Sebagai alternatif, pelanggan digalakkan menggunakan platform Perbankan Internet Bank Islam di www.bankislam.biz/web.bimb.com, aplikasi mudah alih GO by Bank Islam/BIMB Mobile, atau mengunjungi cawangan layan diri berdekatan untuk urusan perbankan,” kata notis itu lagi.

BIMB memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menggalakkan pelanggan menghubungi pusat panggilan mereka di talian 03-26900900 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

BACA: Tular rumah ‘busuk’ dijual pada harga RM7005 undang reaksi netizen