Balu Abam akhirnya buka mulut selepas menang kes saman dengan Ali Puteh. Mahkamah Tinggi semalam menolak rayuan yang dibuat pelawak Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah yang diperintah Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Februari lalu.
Difahamkan, Ali perlu bayar ganti rugi bernilai RM60,000 berikutan kata-kata mengaibkan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah di Instagram, dua tahun lalu.
Siti Nor Hidayah ketika ditemu bual wartawan berkata dia enggan mengulas isu tersebut. Katanya adalah lebih baik berdiam diri kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Mahkamah Tinggi semalam menolak rayuan yang dibuat pelawak Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah yang diperintah Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Februari lalu.
Difahamkan, Ali perlu bayar ganti rugi bernilai RM60,000 berikutan kata-kata mengaibkan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah di Instagram, dua tahun lalu.
Siti Nor Hidayah ketika ditemu bual wartawan berkata dia enggan mengulas isu tersebut. Katanya adalah lebih baik berdiam diri kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Malah, dia tak rasa keputusan Mahkamah Tinggi semalam satu perkara yang perlu dibanggakan. Dia sama sekali tak rasa diri dah menang.
Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam prosiding yang sama semalam, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk ketepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman dibuatnya terhadap Norhidayah dan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Sama-sama kita doakan kebaikan untuk Ali Puteh dan Siti Nor Hidayah. Semoga kemelut yang berlaku di antara mereka dapat menemui jalan damai.