Disebabkan aku tak ada siapa – siapa untuk luah dan bercerita. Aku decide untuk hantar ke sini dan minta pendapat sekiranya ada yang boleh relate.
Nama aku Hana, 25 tahun. Aku bakal berkahwin hujung tahun ini dengan teman lelaki aku Adam, 26 tahun.
Kami dah berkawan lebih dari 5 tahun. Kenal dari zaman belajar. Bezanya, tahap pengajian aku lebih tinggi dari si dia.
Masa aku masih belajar, Adam dah pun bekerja. Boleh dik4takan pengalaman dia bekerja lagi banyak dari aku.
Aku tinggal merantau seorang dan support diri sendiri dari dulu jadi boleh dik4takan aku independent.
Tapi tak dinafikan Adam yang banyak membantu dari awal aku mula belajar. Bila aku dah habis belajar, alhamdulillah aku ditaw4rkan bekerja.
Bidang kami pun berbeza. Tapi gaji pertama aku lagi tinggi dari gaji Adam yang dah bekerja dengan bertahun – tahun experience di beberapa syarik4t. Kami tak pernah sorok apa – apa dan share antara satu sama lain. Adam ada temper. Begitu juga aku. Tapi dia tak pernah naik tangan.
Kitorang berdua macam langit dengan bumi. Apa yang aku suka, dia tak suka. Apa yang aku tak suka, dia suka. Tapi bagi dia benda ni tak ada masalah. Opposite attract katanya, Bila berg4duh, selalunya aku api dan dia air. Kata Adam, aku terlalu sensitif.
Aku kuat terasa, kuat merajuk. Benda ni dari hari pertama berkawan lagi aku dah sebut per4ngai aku macam mana. Kepala batu. Awal – awal boleh lah dia kata dia sanggup terima. Nak ubah aku jadi seorang yang lebih baik katanya.
Ada satu benda yang aku tak suka. Adam selalu bagi hint atau share posting cerita dari mana – mana platform yang berkaitan dengan bila gaji isteri ni tinggi, dia tak respect suami. Luahan dari netizen lah yang menyesal sebab meIawan suami lah apa lah.
Bagi Adam, semua perempuan yang bekerjaya dan ada pendapatan yang tinggi ni, akan meIawan suami. Tak dengar kata suami. Gaji aku dengan dia beza RM600. Bagi dia, per4ngai aku yang kuat member0ntak dan ikut kepala sendiri ni, akan ada effect bila dah kahwin nanti.
Katanya akan jadi tak respect dia sebagai suami. Sebab gaji aku tinggi dari head of the household. Setiap kali dia share posting tu, dia akan cakap something macam “saja je share” “saja share sebagai peringatan dan pengajaran” Benda ni buat aku jadi annoyed. Aik macam salah aku pula.
Walaupun gaji aku tinggi, komitmen aku besar. Aku tanggung family aku di kampung (both parents aku dah tak bekerja) dan adik – adik aku semua masih bersekolah. Aku bayar rumah sewa, aku bayar transport harian.
Berlainan dengan Adam yang hanya perlu bayar tong – tong sewa dan belanja rumah dengan adik beradik dia sebab semua duduk satu bumbung yang sama. Adik beradik dia pun semua dah bekerja. Tak ada yang perlu ditanggung.
Adam bukanlah datang dari keluarga yang w4rak, tapi dia ada satu aim yang bila dah kahwin nanti dia nak isteri dia jadi betul – betul perempuan kampung. Sentiasa berbaju kurung. Tak boleh makeup. Sekadar bedak. Tak boleh pakai seluar jeans. Tudung selabuh yang boleh.
Akaun social media? Kalau boleh dia nak aku delete. Disebabkan dia dibesarkan dalam keluarga yang tak ada langsung pendedahan agama, dia nak cipta keluarga dia sendiri yang ikut apa dia impikan. Bukan lah aku nak kata benda tu salah. Benda tu bagus.
Tapi bagi la tahu aku siapa yang suka kena control termasuk dari segi pakaian? Masalahnya aku datang dari keluarga yang berpendidikan agama agak tinggi, dan aku pun bukan lah jenis perempuan yang lilit tudung kat leher atau berpakaian ketat sampai dia nak ubah aku macamtu.
Cukup aku menutup apa yang patut. Tak pernah lagi aku dedah walau pergelangan tangan. Kalau ternampak dalam gambar pun akan aku conteng. Tambahan pula kerjaya aku asyik berjumpa dengan syarik4t – syarik4t ternama dan client dari luar negara jadi aku sentiasa look presentable bila keluar rumah.
Berfashion tapi aku tahu menutup aur4t tu macam mana. Jadi bila dia cakap macamtu, alahai lemah betul aku bila dah ada bunyi nak control. Katanya tahu lah dia nanti lepas kahwin nak belikan baju baju macam mana. Aku dah pesan, jangan control aku.
Aku ni pulak kepala batu. Alasan kenapa tak cari perempuan yang betul – betul dia nak daripada susah payah ubah aku, dia kata aku ni perempuan idaman dia. Ada semua ciri – ciri yang dia nak. Cuma perlu asah lebih baik.
Aku jadi geram. Cari lah perempuan yang berpurdah terus kalau macamtu daripada sibuk nak ubah aku. Bila aku member0ntak, mula dia bersuara sekarang boleh la meIawan. Nanti dah kahwin, berd0sa. Berd0sa. Berd0sa. Itu aje ayat dia.
Tak nak dengar cakap dia? Berd0sa. Tak nak dengar cakap suami? Berd0sa. Guna lah kuasa veto tu selagi boleh. Kadang – kadang dia ni pun bercakap tak tengok cermin. Tak habis habis kata nak ubah aku. Dia sendiri masih belum mengenal alif ba ta.
Dia minta aku ajarkan lepas kahwin nanti. Tak ada pulak aku nak control dia cakap selagi tak reti baca jawi aku tak nak kahwin ke apa. Terca;ar pula ego nanti. Bukan aku nak buka aib dia, tapi bagus lah dia ubah diri sendiri dulu sebelum nak ubah anak orang.
Aku tak nafikan dia tak tinggal solat. Bermula 2 tahun lepas, dia dah mula berubah ke arah kebaikan. Tapi obsesi dia untuk ubah aku 360 bila jadi isteri tu sentiasa dia sebut sampai ke sekarang. Buat aku serabut dengar. Family aku sendiri tahu aku ni bukan seorang yang boleh dicontrol. Berbanding Adam yang agak introvert dan pemalu.
Aku outgoing dan ada ramai kawan. Semua kawan – kawan baik lelaki aku kena cut off. Aku nak berwhatsapp dengan diorang pun dah tak boleh. Okay. Aku ikutkan. M4kin lama aku asyik bertanya diri sendiri. Boleh ke aku hadap kalau aku tak boleh itu tak boleh ini lepas dah kahwin.
Ready ke aku nak hidup sebumbung dengan lelaki yang tak boleh terima gaji isteri lebih tinggi dari suami. Bahagia ke aku kalau sampai pakaian pun kena control bila dah kahwin nanti. Memang aku sayangkan dia. Berkawan pun dah lama.
Tapi tu lah. Kadang – kadang tu buntu juga kalau datang mode dia yang controlling ni. Okay sampai sini coretan untuk hari ini. Segala pendapat aku terima dengan hati yang terbuka. Terima kasih. – Hana (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Donna Karen : Macam bapak aku. Diri sendiri agama biasa – biasa je. Takat boleh la solat dan baca surah sama hari – hari. Alif ba ta satu hapak tak kenal pun. Tapi dia punya control mak aku dan anak – anak macam dia tu alim ulamak. Semua benda tak kena.
Sampai cucu – cucu pun terlibat kena ikut cara orthodox islamic dia. (ikut kefahaman dia sendiri, hadith alquran yang dia suka dia ikut, dia tak suka dia akan kata ustaz / ustazah ajar salah ye!) Bagi aku lelaki macam ni narcicist.
Bila da lebih 30 tahun ko hidup dengan lelaki macam ni lama – lama ko jadi macam chan seo jin (the penthouse). Ko hidup sentiasa nak please and accomodate orang narcicist mcmtu.
Tapi dia tak kisah pasal ko. Perasaan rebeI akan buat ko jadi manusia yg kejam untuk bersaing supaya rasa dihargai dan nampak apa ko buat mencukupi.
Dan the guy akan sentiasa tak puas hati dengn apa yg ko da buat, sebab bagi dia ko patut boleh give more and more. Trust me it is one of Mental t0rturing!
BACA: Papar wajah Hadi Awang dalam ‘slide’ khutbah Jumaat, 4 pegawai JAIM ditukar dan dipecat