Bakal pengantin ini menghembuskan nafas terakhir ketika baca Al Quran

Oleh SURIANI HAMDAN

Bakal pengantin ini menghembuskan nafas terakhir ketika baca Al Quran

SEORANG gadis menjadi bualan netizen apabila menghembuskan nafas terakhir sedang membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Subuh, Khamis lalu.

Lebih memilukan, gadis itu yang dikenali sebagai Aisyah Bahar, 22, itu dikatakan rebah dan meninggal dunia di pangkuan ayahnya.

Bakal pengantin ini menghembuskan nafas terakhir ketika baca Al Quran

Menurut sumber keluarga, pelajar Universiti Islam Hasanuddin, Makassar itu bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.

“Meninggal setelah solat subuh, sedang membaca ayat Al-Quran. kondisinya sedang puasa sunnah. Akhir hayatnya mengucap Laa ilaaha illallah. Innalillah..Padahal beliau sebentar lagi akan menikah,” ujar Andi Wahyuni yang juga merupakan sepupu paling rapat arwah.

Sementara itu, ayah Aishah iaitu Andi Bahar Jufri menceritakan, pada malam kejadian anaknya itu memaklumkan mahu berpuasa sunat Hari Khamis.

Aisyah bersama ibu bapanya.

“Selepas selepas bersahur, kami pergi sembahyang Subuh berjemaah di masjid. Sebaik sahaja pulang dari masjid, arwah meminta izin untuk memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran sambil saya memeriksa bacaaannya.

“Hanya dalam beberapa ayat, arwah rebah secara tiba-tiba dipangkuan saya sebelum mengucap dua kalimah syahadah dan meninggal dunia,” ujarnya.

Menurut Bahar, selama ini arwah tidak pernah mengalami penyakit yang serius, namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu sakit kepala.

BACA: Basuh bertahun tak lusuh pun kertas ni, ini sebab kenapa label seluar jeans tahan lasak