Baju ‘belahan dada’ jadi perbualan hangat netizen, ini respon Nora Danish

Oleh MHDAILY

Baju ‘belahan dada’ jadi perbualan hangat netizen, ini respon Nora Danish. Penampilan Nora Danish sering menjadi tumpuan netizen sehinggakan aktres itu menjadi m4ngsa kr1tikan kerana ramai menganggap imejnya s3ksi.

Biarpun sering menjadi m4ngsa kr1tikan gara-gara penampilan s3ksi, pelakon Nora Danish tidak pernah melatah atau berlawan mulut dengan ‘keyboard warrior.’

Tidak mudah melatah dengan krit1kan yang diterimanya, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 40, beranggapan masyarakat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang dirinya.

Menurut Nora, dia sedar gerak-gerinya sering diperhati memandangkan dia bergelar selebriti.

Saya rasa tak seksi

Baju 'belahan dada' jadi perbualan hangat netizen, ini respon Nora Danish

“Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu s3ksi.

Tapi bila orang kata se3ksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya.”

Nora ditemui ketika majlis pelancaran telefilem lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Tambah pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, dia mengakui komen dan krit1kan banyak memberi kesedaran untuk lebih berhati-hati dalam menggayakan pakaian.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Reunion bersyukur kerana dikurniakan suami, Nedim Nazri atau dikenali Boss Ned yang sentiasa tenang berdepan dengan kec4man di media sosial.

“Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.

“Jadi dia kena faham la selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.

“Saya pun kata la, inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama support. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif,” ujarnya.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia empat tahun.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.

BACA:

Terkinja-kinja menari, Nora Danish kena tegur agar tutup ‘susu’

Nora sedih tak dapat khatam al-Quran tahun ini, jelas keadaan sebenarnya sekarang

Tular Nora Danish peluk lelaki lain, “saya tiada nafsu..”

Leave a Comment