“Bagus la buat kerja, biar dibodoh-bodohkan bini dah kena nasi kangkang gamaknya”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Konflik antara mentua dan menantu sering menjadi isu hangat apabila dikongsikan di media sosial,

seperti kisah seorang wanita ini yang menceritakan pengalamannya berhadapan dengan mentua yang disifatkan toksik.

Wanita tersebut, yang kini sedang hamil, berkongsi satu situasi di mana dia meminta bantuan suaminya untuk menyambung kerja rumah

kerana sedang menahan kesakitan akibat kontraksi. Namun, permintaannya itu menerima sindiran tajam daripada ibu mentua.

“Pagi-pagi buta saya sudah bangun mencuci baju menggunakan tangan. Lepas itu nak sidai.

“Bagus la buat kerja, biar dibodoh-bodohkan bini dah kena nasi kangkang gamaknya”

Tapi tak sempat habis sebab sakit kontraksi. Saya minta tolong suami sambung sidai, tetapi mak mentua marah-marah.

Dia kata baguslah buat kerja tu, biar dibodoh-bodohkan isteri,” luahnya di sebuah grup Facebook, Kisah Rumah Tangga.

Tekanan Mental dan Emosi
Wanita tersebut mengakui sikap mentuanya memberi tekanan mental dan emosi kepadanya, terutama apabila dirinya dipandang rendah dan sering disalah anggap hanya “duduk goyang kaki” di rumah.

Menurutnya, mentuanya kerap mencampuri urusan rumah tangga dan sentiasa membela anak lelakinya walaupun jelas bersalah.

“Sidai baju pun jadi isu. Suami saya satu kerja pun tak buat. Anak pun saya yang jaga. Semua benda saya uruskan. Tapi mentua tetap menyebelahi dia,” tambahnya.

Reaksi Netizen
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang menyarankan suaminya mengambil inisiatif untuk menjaga keharmonian dengan menyediakan kediaman jauh dari mentua.

“Patut sebelum kahwin lagi suami sudah rancang duduk asing. Kalau nak sangat manja dengan mak, jangan kahwin,” komen seorang pengguna Facebook.

Ada juga yang menyarankan wanita itu untuk lebih tegas atau berbincang dengan suaminya bagi mencari penyelesaian terbaik.

Wanita ini turut menjelaskan bahawa dia dan suaminya sebenarnya sudah tinggal berasingan, namun mereka berjiran dengan mentua.

“Kami tinggal di rumah sendiri, tetapi rumah kami bersebelahan dengan rumah mentua,” jelasnya.

Kisah ini menjadi pengajaran kepada banyak pihak tentang kepentingan memahami peranan masing-masing dalam rumah tangga dan menghormati batasan antara keluarga pasangan.

BACA: ‘Kerana carut dan makian abang pada isteri sampai sanggup pukul anak punca kak ipar aku lari dari rumah’