Bagaimana Hong Kong boleh jadi bandar paling kaya dalam dunia dengan pantas, ini kisahnya.
Hong Kong merupakan negara yang tergolong dalam 4 harimau ekonomi Asia bersama dengan Korea Selatan, Taiwan dan Singapura.
Bertitik tolak dari situ, Hong Kong terus menjadi negara yang sangat kaya.
Malah bilangan orang kaya di Hong Kong begitu tinggi melebihi mana-mana bandar raya di dunia.
Persoalannya sekarang macam mana Hong Kong boleh jadi tersangat kaya?
Semua bermula setelah berakhirnya Perang Candu Pertama yang menyaksikan China tewas kepada Empayar British.
Sebagai ganti rugi di atas kekalahan, China telah menyerahkan pulau Hong Kong kepada Empayar British.
Tidak lama selepas itu berlaku pula Perang Candu Kedua yang menyaksikan China terpaksa menelan kepahitan tewas sekali lagi. Kekalahan itu telah memaksa China menyerahkan bahagian utara semenanjung Kowloon kepada Empayar Britain.
Hong Kong zaman dulu.
Ketika mula-mula British mengambil alih Hong Kong, wilayah itu merupakan kawasan perkampungan nelayan sahaja.
Tetapi melihat kepada lokasi Hong Kong yang agak strategik, British bertekad untuk menukar perkampungan nelayan tersebut kepada pelabuhan bertaraf antarabangsa.
Pada mula, Hong Kong gagal memenuhi potensinya sebagai pelabuhan antarabangsa kerana perlu bersaing rapat dengan Shanghai. Nasib Hong Kong agak sedikit berubah apabila menjadi transit kepada orang Cina daripada wilayah Guangdong yang mahu berhijrah ke Amerika Syarikat.
Selepas itu nasib Hong Kong agak kurang baik kerana gagal berkembang seperti yang diharapkan.
Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, Hong Kong mula berkembang terutamanya setelah China dikenakan embargo kerana menyertai Perang Korea dan mengamalkan dasar tutup pintu. Jadi beberapa syarikat daripada Shanghai mula berpindah ke Hong Kong lantas membuatkan ekonomi wilayah itu semakin meningkat.
Hal ini sebenarnya memberikan masalah kepada Hong Kong kerana wilayah itu sangat bergantung kepada China dalam aspek perdagangan.
Sebagai wilayah kecil dan miliki sumber begitu terhad, agak mustahil untuk Hong Kong terus bertahan. Apa yang Hong Kong buat adalah menukarkan wilayah tersebut kepada pelabuhan entrepot.
Nak tarik syarikat-syarikat dunia memang tak mudah jadi Hong Kong telah mempromosikan pelabuhannya kepada negara di Asia Tenggara.
Maka syarikat-syarikat di Asia Tenggara mula singgah di Hong Kong. Nak tambah lagi tarikan, Hong Kong telah menawarkan kadar cukai yang sangat rendah dan kerajaan tidak akan sesekali masuk campur dalam pasaran. Bermakna setiap syarikat bebas berdagang dengan mudah.
Malah kalau ada syarikat bagi harga tinggi pun, kerajaan tutup mata sahaja dan tidak menghukum. Tawaran telah menjadi daya penarik untuk syarikat-syarikat besar dunia hadir ke Hong Kong.
Namun terlalu bergantung kepada perdagangan juga adalah amat bahaya. Jadi ahli-ahli perniagaan di Hong Kong mula memikirkan apa yang sesuai dihasilkan untuk dieksport ke negara luar. Fikir punya fikir, akhirnya ahli-ahli perniagaan di Hong Kong mendapat idea untuk meningkatkan lagi industri tekstil di wilayah itu.
BACA:
Muhyiddin mengadu punyai masalah tidur rupa-rupanya dituduh rasuah puncanya
Kenapa orang politik simpan duit tunai di rumah? Sekali bekas Ketua Polis Negara buka cerita