“Badan laki aku bau busuk sangat, berminyak sampai aku tak ‘lalu’ nak dekat lagi-lagi sebab mulut dia kuat maki”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Dalam perkahwinan, bertolak ansur adalah perkara yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Menjaga tutur kata ketika menegur juga perlu ada adabnya kerana tidak semua individu dapat menerima kata-kata yang kasar.

Wanita ini menceritakan kisahnya yang menderita akibat suami yang kurang faham akan tanggungjawab serta berbau badan hingga rumahtangga menjadi porak peranda.

Aku Abalone (bukan nama sebenar). Aku terima segala kecaman, tapi aku sangat bersyukur jika ada yang sudi

memberi nasihat dan doa untuk aku yang h1na ini. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

“Badan laki aku bau busuk sangat, berminyak sampai aku tak ‘lalu’ nak dekat lagi-lagi sebab mulut dia kuat maki”

Ya, aku lah isteri yang curang itu. Sedikit info, aku anak bongsu dari keluarga yang bercerai berai. Tak pernah duduk dengan ayah kandung dari lahir. Mak ayah dah meninggal 4 tahun lepas.

Aku orangnya garang, cepat marah, cepat lembut, kuat merajuk, suka dimanjakan dan selalu nakkan perhatian dari orang yang aku sayang. Tapi aku berdikari.

Aku boleh buat apa je sendiri. Aku dah biasa hidup susah. Aku jenis kalau sayang, aku sayang sungguh sungguh. Selama 9 tahun melayari bahtera perkahwinan katakan saja susah apa yang aku tak pernah lalui. Pada mulanya aku bahagia, aku anggap dugaan dan ujian dalam perkahwinan.

Aku hadap semua dengan senyuman dan sabar. Waktu tu suami aku banyak bantu kerja rumah. Boleh dik4takan aku cuma masak je, yang lain semua dia buat. Sampai satu masa aku tak tahu bila semuanya berubah. Kata kawan aku, semua salah aku sebab aku terlalu manjakan dia dari awal.

Semua benda aku nak buat. Aku kesian sebab dia kerja penat. Aku kerja tapi gaji kecik. Suami pun sama. Tapi suami tak pandai cari side income. Dia cuma berg4ntung dengan gaji bulanan.

Dalam masa bekerja aku jadi dropship, kadang-kadang jual kuih, macam – macam yang terlintas cara untuk dapatkan duit aku buat.

Sampai satu masa bisnes aku alhamdulillah dapat banyak sangat sambutan. Tapi aku penat sebab semua benda aku buat sorang. Aku prepare barang, aku cod, sebelum keluar cod aku kena masak untuk dia atau kalau aku tak sempat, aku jugak kena keluar tapau. Suami aku? Dia duduk je tanpa membantu.

Mula – mula aku tak rasa apa-apa, lama – lama hati aku s4kit. Badan aku penat, duit yang aku cari bukan untuk aku sorang, tapi untuk kami sekeluarga termasuk anak-anak. Ada duit lebih aku belanja jugak keluarga dia makan.

Aku memang sejenis yang suka belanja orang makan kalau aku ada duit. Itu satu kepuasan untuk aku. Tapi dia seolah ego atau apa aku taktahu. Rumah bersepah dia marah, tak sempat masak dia marah, tapi kalau aku keluar cod sampai malam tak balik lagi dia takde call aku dekat mana, selamat ke aku. Sedih kadang-kadang rasa hati ni.

Aku yang tadinya manja jadi kasar. Mulut aku jadi jahat. Aku balas setiap kata – kata dia, aku melawan, aku menjawab. Hal rumah, anak, belanja rumah, belanja sekolah anak – anak, bill – bill semua banyak lebih pada aku. Dulu dia tolong kemas rumah, sekarang dah takde lagi.

Masa tu hidup aku cuma ada dia dan anak – anak. Aku fokus pada keluarga kecik aku je. Pernah dia ugvt aku, katanya ‘kau nak aku ceraikan kau ke?’ ‘kau tak tahan dengan aku kau boleh ber4mbus cari jantan lain’. Kalau dia marah, semua m4ki hamun dia hamburkan dekat aku.

Paling dia suka sebut benda dalam kain mak dia. Korang faham la sendiri. Aku cukup benci bila dia m4ki aku. Ye dia tak pukul aku, tapi dia koyak rabakkan hati aku. (sejak sebelum kahwin dia memang suka m4ki, aku tak tahu macam mana aku boleh besabar dan kami kahwin)

Pernah satu hari aku nekad nak bercerai, aku cakap dekat dia aku taknak berg4duh, aku nak kita bercerai cara baik, lepaskan la aku cara baik, aku dah penat. Dia menangis, merayu mintak maaf. Dia sungguh kata tak boleh hidup tanpa aku. Dan aku terima, kami baik semula.

Ada juga perubahan dari dia. Alhamdulillah. Cuma sejak haritu aku perasan, rupanya hati aku dah tak sepenuhnya ada dia. Aku rasa tak bahagia. Aku tak pasti aku sayangkan dia lagi atau tak. Dia berubah pun sekejap je. Dia masih m4ki aku, masih biarkan aku buat semua sendiri.

Salah ke kalau aku tegur dia bila balik kerja, terus mandi, lepastu baru rehat. Dia selalu marah yang ni. Dia kata “Aku baru balik kerja nak rehat sekejap kau dah memekak.”. Aku tegur sebab kalau dia tak mandi terus, dia akan tertidur sambil main henfon sampai pagi esoknya.

Ya kami tak solat. Selain tu, bila dia dah balik kerja malam, siang kami dah sibuk bekerja, aku nak bermanja dengan dia. Aku nak peluk dia. Aku nak dia peluk aku, bergurau dengan aku, bercerita dengan aku. Aku nak bahagia dengan dia.

Tapi bila aku luah apa aku rasa, dia kata “busuk sangat ke aku ni?” ye bau busuk sebab dia perokok tegar. Badan dia bau rokok kuat sangat. Dia hisap rokok, hisap vape, minum k3tum. K3tum bukan beli dengan orang, tapi masak sendiri dekat rumah.

Dia janji nak berhenti minum k3tum, tapi sikit usaha pun aku tak nampak. Bila aku tegur, aku

balik yang kena m4ki. Badan dia berpeluh, berminyak. Salah aku ke? Benda ni berlarutan, diluah kena marah, last – last aku pendam je.

Berapa lama aku tak tahu. Aku dah tak tegur kalau dia balik kerja tak mandi, dia taknak cakap dengan aku pun aku dah tak kisah. Aku sendiri tak tahu apa ada dalam hati aku untuk dia. Sampai satu kemuncak aku jadi isteri curang.

Aku contact semula dengan ex aku waktu study dulu. Tak tahu kenapa terlalu pantas, perasaan sayang dah timbul. At first dia yang mula dulu tanya dah sayang dia belum, dah rindu dia belum. Hati perempuan h1na macam aku yang rapuh yang dahagakan kasih sayang lelaki ni cepat sangat jatuh sayang.

Aku suka tengok dia layan isteri dan anak – anak dia. Selalu post dekat media sosial. Setakat harini dia tak pernah tinggal aku. Sentiasa chat aku. Nampak dia seorang suami dan ayah yang bertanggungjwab. Bahagia aku tengok isteri dia.

Aku pernah tanya dia, macam mana dia boleh sayang aku sedangkan dia bahagia dengan isteri dia? Dia kata dia sendiri tak tahu, tapi dia memang sayangkan aku. Antara percaya dengan tidak. Tapi aku senang bila dia ada. Aku boleh ketawa, aku boleh bergurau.

Suka aku tengok dia layan anak isteri dia. Senyuman dia bila mereka bergambar, bahagianya. Terdetik dalam hati aku, kenapa aku tak rasa yang sama ye? Aku pun pernah jadi isteri yang baik satu masa dulu. Aku pernah bagi segalanya dekat suami aku. Tapi kenapa aku tak bahagia?

Tapi untuk hari ini, aku penat dengan semua ni. Dekat rumah aku s4kit dengan suami, dalam chat aku rasa bodoh sampai bila aku dengan dia nak buat dosa. Bila rasa rindu, berjumpa. Aku tak bangga pun dengan apa aku buat.

Aku sendiri benci dengan dosa aku. Takde kesudahan. Bahagia yang sementara. Aku tak suka apa yang aku lalui sekarang. Aku rindu aku yang dulu. Yang hidup aku hanya keluarga dan anak – anak. Ya aku dah sayangkan ex aku. Sehari tak chat, aku rindu.

Tapi kalau dia bercuti dengan isteri dia, dia bahagia post gambar bersama. Aku ada sedikit rasa cemburu. Tapi untuk apa? Aku ni siapa? Aku selalu stalk isteri dia. Kesian aku rasa. Dia dapat suami yang romantik, dia ingat suami dia sayang dia sorang je, rupanya dekat belakang suami dia main cinta dengan perempuan lain.

Sedangkan aku, dapat suami yang suka m4ki, selalu b3ngis, tapi dia bukan kaki perempuan. Macam ni ye kehidupan? Siapa pernah duduk tempat aku? Siapa pernah lalui apa aku lalui? Aku cuba cari tuhan. Aku solat walaupun tak penuh, aku pergi majlis agama, pergi masjid, aku pergi sorang – sorang tapi masih jiwa aku kosong. Aku lah manusia paling hina dina.

Aku nak stop segala hubungan dengan ex aku. Aku nak tinggalkan dia sebelum dia tinggalkan aku. Sebab aku tahu lambat laun dia akan tinggalkan aku jugak. Aku takut dengan rasa kehilangan. Aku dah hilang suami yang aku pernah sayang. Tapi aku tak nak berg4duh dengan ex aku.

Aku benci dengan perg4duhan. Aku benci bermasam muka. Aku nak bahagia selagi Allah bagi aku hidup. Aku nak tenang. Tolong lah aku. Aku dah booking satu hotel hujung minggu ni. Aku cadang nak bawak anak jalan-jalan dalam masa sama aku nak luang masa dengan suami aku. Harapnya tak berg4duh lah.

Kalau Allah izinkan, aku nak perbetulkan semula hubungan aku dengan dia. Demi anak – anak. Bukan senang hidup dalam keluarga yang bercerai. Kesian anak – anak aku. Aku cuba nak bermanja dengan dia, cuma ada sikit rasa kekok dalam hati aku.

Aku takut tersalah tingkah, tersalah kata, habis aku kena m4ki nanti. Entahlah. Aku rasa hati dengan fikiran aku tak seiring. Badan dan jasad tak bersatu. – Ms Abalone (Bukan nama sebenar)

BACA: “Patutlah bapa dia diam je, rupanya dia suami orang dah ada anak dua! Puncanya aku terjumpa buku pink dalam kereta dia”