Baby Shima kena tegur pakai nipis sangat, ‘nampak benda tak sepatutnya’

Oleh MHDAILY

Baby Shima kena tegur pakai nipis sangat, ‘nampak benda tak sepatutnya’. Hampir setiap minggu, ada saja kecaman dilemparkan orang ramai kepada Baby Shima sehingga meminta penyanyi itu meninggalkan negara ini dan berhijrah ke Indonesia.

Terbaru, dia sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dikatakan memakai pakaian mencolok mata ketika berada di sebuah studio yang terletak di Jakarta.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, kelihatan Baby Shima gembira apabila disambut oleh seorang individu dipercayai ‘orang kuat’ bagi syarikat rakaman dinaunginya.

“Ampun…. makasih banyak @nagaswaraofficial udah sambut Shima pulang,” kata penyanyi berusia 30 tahun itu.

Baby Shima kena tegur pakai nipis sangat, 'nampak benda tak sepatutnya'

Bagaimanapun, penampilan Baby Shima yang mengenakan t-shirt putih serta berseluar seperti legging krim itu menerima teguran beberapa peminatnya kerana dilihat sangat ketat.

Kata peminat, lebih sopan sekiranya penyanyi lagu Baby Sayang itu tampil dengan pakaian lebih longgar selain menyatakan sokongan terhadap kerjaya Baby Shima.

Jangan ketat sangat

Lepas ni pakai lebih longgar

Ketetnya bajuu…

Npe tgok dah mcm punggung sajat

Terdahulu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dirayu netizen untuk tidak kembali ke tanah air selepas memaklumkan dirinya sudah selamat tiba di negara seberang.

BACA:

Rundingan gelap: Ini respon Ismail Sabri

Sebab orang ke-3? Nad Zainal buka mulut hal cerai

‘Ternganga mulut ikan ni dengar tuan dia cerita’