Azri Iskandar dakwa bakal isterinya seorang ‘Datuk Seri’ Azri Iskandar buka cerita baharu mengenai bakal isterinya. Memetik dari Malaysiakini, Azra bukan sahaja miliki PHD, tetapi ada gelaran Datuk Seri.
Pelakon itu berkata demikian gara-gara segelintir pihak membuat andaian dan menuduh bukan-bukan berhubung latar belakang wanita itu.
“Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya.
“Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya
“Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat,” katanya memetik dari portal Malaysiakini.
Menurutnya lagi, atas permintaan ibu dan ayahnya, wajah Datuk Seri Dr Azra hanya didedahkan selepas sahaja mereka bernikah.
“Azra seorang yang merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak mahu beritahu mengenai gelaran tu.
“Dia cakap jika pergi ke pejabatnya nanti pekerja-pekerja akan menggelarnya Datuk hanya untuk urusan perniagaan.”
BACA:
Berbentuk alat sulit lelaki, ikan ini jadi laku keras dikalangan wanita
Geram tak jawab panggilan, penghantar barang tutup suis utama elektrik
Orang ramai berdekah tengok babak ‘intubated’ dalam drama TV3