Azmin dakwa dirinya yang susah payah bina PKR, Anwar hanya duduk dalam penjara

Azmin dakwa dirinya yang susah payah bina PKR, Anwar hanya duduk dalam penjara

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, PKR merupakan parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya berlandaskan perjuangan Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Sebagai salah seorang bekas pemimpin PKR, setelah 20 tahun di dalamnya kini beliau yakin PKR tidak memiliki calon yang layak menjadi wakil rakyat.

“Hari ini, saya datang nak bagi tahu tuan-tuan dan puan-puan tolak PKR. PKR pun tidak ada calon, saya tidak kenal calon ini, saya yang bina PKR dengan Anwar.

“Dia (Anwar) duduk dalam penjara pun sebab masalah dia, saya yang bina parti saya yang pergi jalan raya, berkempen, dia duduk penjara (dan bila) dia keluar nak jadi presiden.

“Hari-hari cerita “bila aku nak jadi Perdana Menteri,” cukuplah 20 tahun nak cakap pasal satu orang, kita nak bincang pasal rakyat masalah ekonomi bina negara majukan negara.

“Sekarang tidak ada siapa nak jadi calon PKR sebab ini parti yang tidak mengangkat suara rakyat tidak membela rakyat tapi hanya menjaga kepentingan seorang yang rakus,” katanya ketika melawat Bilik Gerakan PBS, PDM Tamparuli, Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tuaran.

Justeru beliau menyeru pengundi Tamparuli menolak calon PKR di DUN berkenaan iaitu, Alijus Sipil dan menyokong calon PBS, Datuk Jahid Jahim.- MalaysiaGazette

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/09/15/pkr-hanya-jaga-kepentingan-anwar-yang-rakus-mahu-jadi-pm-azmin/

COMMENTS