Ayda Jebat dedah Fyna menghilang lepas cerai, terus ‘lost contact’
Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia tidak tahu keberadaan adiknya, Fyna Jebat dan sudah lost contact sejak beberapa bulan yang lalu.
Jelasnya, sebelum menghilangkan diri Fyna ada menghubunginya namun tidak dapat berbual kerana sedang bekerja.
Tambah Ayda, dia juga enggan masuk campur urusan peribadi adiknya itu dan Fyna memang bersikap sebegitu serta tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya.
Tak ada (mengadu). Saya pun tak tahu dia sedih ke apa ke. Kalau call pun tak pick up, Whatsapp pun tak reply. Dia memang selalu macam tu pun.”
aydafyna
Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, dia menganggap adiknya sedang dalam fasa menenangkan diri serta mungkin tertekan kerana tidak biasa berdepan dengan media serta netizen.
Saya rasa dia sedang cuba atau pun cuba lari atau cuba faham ke, saya pun tak pasti. Tapi saya tahu dia di tahap (tertekan) kritikal ke tidak.
Kalau kritikal dia akan cari saya.”
Dalam pada itu, ramai warganet memuji Ayda kerana tidak mengelak daripada menjawab soalan tentang adiknya dengan cara yang positif dan matang.
BACA: Isteri dari neraka, wanita ini tergamak cuba bunuh suami demi dapatkan pampasan insuran