“Ayah tiri aku kaya, siap hadiahkan ipod mahal, aku menangis bila bapa kandung hanya hadiahkan tabung buruk je”

Oleh SURIANI HAMDAN

Masa aku dapat PMR 8A, ayah tiri aku bagi Ipod. Abah kandung pun excited nak bagi aku hadiah.

Saat yang ditunggu telah tiba, abah mengumpulkan kakak dan abang ke ruang tamu.

Abah kata hadiah untuk aku ni berat, berat sangat. Bila tengok hanya tabung lama..

"Ayah tiri aku kaya, siap hadiahkan ipod mahal, aku menangis bila bapa kandung hanya hadiahkan tabung buruk je"

Kisah ini berlaku sewaktu umur saya 15 tahun. Saya bakal menghadapi peperiksaan PMR. Ya, saya mempunyai dua orang bapa. Satu bapa kandung (Abah) dan satu bapa tiri (Ayah). Saya tinggal bersama ibu dan ayah di Johor.

Cuti sekolah baru saya datang tinggal bersama abah. Abah saya ni seorang yang peramah, suka berseloroh dan suka senyum. Sangat berbeza dengan ayah saya pulak yang lebih serius dan tegas. Abah saya kerja biasa-biasa sahaja, tidak seperti ayah yang mempunyai bisnes besar.

Tetapi persamaan mereka berdua adalah rajin ke surau dan sangat mementingkan solat seisi keluarga. Abah saya jenis tidak suka berbelanja. Bagi dia, jangan beli barang-barang yang tidak berfaedah. Jadi, saya nak dapat coklat atau patung barbie ciplak tu pun tak boleh. Mampu tenung.

Dia juga pantang kalau nampak ada orang buang perabot terpakai. Nanti pasti akan diambilnya. Hidupnya tak miskin tetapi tidak senang juga. Oleh itu, saya membesar dengan lebih menghargai duit. Ayah saya pula, mungkin sebab dia tidak pandai menunjukkan kasih sayang, dia tunjukkan dengan hadiah.

Nah, katakan apa sahaja, semua dia akan cuba penuhi. Kalau bab makanan, dia tidak akan pernah berkira. Ayah saya ni, walaupun garang, sikit pun tidak pernah memukuI walau nakal macam mana pun saya. Ketika PMR, saya memang belajar bersungguh-sungguh.

Saya ingin membanggakan ibu bapa saya. Alhamdulillah, saya dapat 8A. Maka, ahli keluarga saya sangat gembira termasuklah abah dan ayah. Ayah terus berkata, “Nak hadiah apa? Bagitau je. Ayah akan beli”. Saya pun tersenyum sambil memikirkan apa yang patut saya minta. Mainan, buku, baju, coklat atau duit? Hmm.

Abah kemudian menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah. Dia berkata, “Abah ada hadiah istimewa untuk adik.“ Saya pun teruja mendengar, “Apa dia? BagiIah tau”. Abah pun ketawa di hujung talian, “Ada lah. Datang lah dulu rumah”.

Saya pun akur dan tersenyum riang. Walaupun lama nak menunggu balik ke rumah, kenalah juga bersabar. Jujur, saya tak kisah pun hadiah apa. Tak bagi hadiah pun tak apa, cukup mereka acknowledge usaha saya. Hujung minggu itu, ayah bawa pulang katalog gajet Apple.

Ada bermacam-macam, tetapi mata saya tertumpu pada Ipod biru. Saya memang suka mendengar lagu. Ah, seronoknya. Jadi, saya pun membuat keputvsan untuk membeli Ipod. Ada kawan saya kata ruginya tak mintak iphone, tetapi ketika itu, saya tak berminat dengan telefon. Nak dengar lagu je.

Minggu depannya, ayah bawa pulang Ipod. Saya punya gembira bukan kepalang. Saya pun mengucapkan terima kasih dan berjanji akan belajar lebih bersungguh-sungguh. Pada masa yang sama juga, abah hampir setiap minggu mengingatkan hadiah istimewa nya tu.

Selang beberapa minggu kemudian, saya pun pulang ke rumah Abah. Saat yang ditunggu telah tiba, abah mengumpulkan kakak dan abang ke ruang tamu. Saya menunggu saja dengan penuh rasa ingin tahu. “Okay, semua tunggu sini. Abah pergi ambik. Berat ni. Berat sangat” abah berseloroh lalu masuk ke bilik.

Saya hanya ketawa kecil memandang kakak abang saya. Lalu, abah pun keluar sambil menggendong hadiah saya. Ya, ia sangat berat kerana hadiah itu adalah tabung. Tabung yang abah dan lama gunakan. Pernah tengok tak tabung jenis tin besar yang selalu dijual dekat kedai runcit?

Tabung yang ini macam tulah. Saya terkedu melihat tabung itu kerana saya cukup kenal tabung itu. Tabung itu saya selalu nampak di atas laci di bilik abah saya sebelum ini. Abah setiap kali pulang ke rumah, benda pertama dia akan buat adalah mengeluarkan duit syiling di dalam poket lalu meletakkannya ke dalam tabung itu.

Itu adalah dua tahun lepas dan nampaknya usaha abah membuahkan hasil apabila tabung itu kini penuh. Mata saya bertakung air mata. Biar betul abah ni? Nak bagi tabung penuh ni. Kenapa saya? You don’t have to, abah. Ini kan hasil dua tahun menyimpan.

Banyak lah kata-kata begini muncul dalam kepala ketika itu. Abah kelihatan sangat teruja dan meminta abang mengambil gambarnya bersama tabung itu. Seperti majlis penyampaian hadiah, begitulah juga situasi itu. Oleh kerana abah terlalu gembira, saya tidak inginlah menangis dan mengacau mood.

Saya terus mengekalkan senyuman dan menciuum pipi abah. Tubuh abah saya peIuk erat sambil mengucapkan terima kasih. Duit syiling tu, ibu saya yang bantu pergi ke bank. Dapat lebih kurang RM220+-. Saya simpan ke dalam bank saya untuk simpanan masa hadapan.

Sampai mati, memang saya akan ingat peristiwa tabung ini. Ini adalah kisah mengenai bapa-bapa saya. Walaupun berbeza darjat dan harta, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, memberikan hadiah penghargaan kepada anak perempuannya.

Adik tidak akan jemu mengucapkan “I love you too” walaupun ayah tidak mengungkapkannya kerana ianya ada ada dalam setiap gerak geri ayah. Buat abah, adik tahu ketika adik mendapat 8A, pasti abah merenung jauh di dalam bilik abah.

Memikirkan nak memberi apa sedangkan duit tidak banyak. Dan ketika itu mata abah terpaku memandang tabung. Tabung itu adalah yang paling berharga dan bernilai dan itulah hadiah yang abah mampu berikan. Adik sangat terharu. Terima kasih abah.

Walaupun adik tak pernah meminta apa-apa, abah tetap juga nak menghadiahkan. Adik berazam untuk kerja lebih tekun supaya dapat memberikan wang bulanan lebih banyak untuk abah. Terima kasih Abah dan Ayah.

Semoga Allah terus melimpahkan rezeki dengan secukupnya buat kalian dan dimasukkan kalian ke dalam golongan orang yang beriman. Para pembaca pula, apa hadiah daripada bapa yang kalian takkan pernah lupa? – Lonely ranger (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Norizan Mamat : Salam, sedihnya makcik baca. Nak share ‘nak ulang cakap lagi, makcik ni zaman kecil sangat susah. Susah la’ sejenis makan ikan seekor kongsi ramai-ramai adik beradik cubit sikit-sikit. Kami yang perempuan ni ok lagi, tapi adik beradik makcik yang lelaki sangat kesian.

Bila makcik ada anak lelaki baru makcik tahu, anak lelaki ni kalau makannya, nasi sepinggan penuh, tidak seperti kita perempuan. Mereka selalu lapar. Kesian adik-adik makcik. Back to cerita ayah makcik (arwah).

Masa makcik kecil, baju sekolah tu bukan baju kurung. Mungkin korang pernah tengok, jenis baju sampai lutut tu. Kasut makcik kasut putih plastik, senang basuh. Makcik jaga elok-elok dah. Basuh bersih-bersih dan iron pinjam jiran makcik punya supaya baju tak kedut.

Pakai pula bertahun selagi padan / muat. Kadang-kadang dah tak muat pun masih pakai. Kadang-kadang dah koyak pun, jahit dan pakai jer. Kasut sekolah makcik pakai pun sampai dah terbuka depannya macam mulut buaya atau dah berlubang tapak kakinya, dek haus berjalan kaki ke sekolah. Hehehehe.

Apa yang makcik tak boleh lupa, one day, arwah ayah makcik cari makcik kat sekolah. Makcik ingatkan apa la’ rupanya dia nak bagi kasut baru kat makcik. Dia pakai kasut tu di kaki makcik. Masa tu makcik darjah 2. Kasut lama dia campak buang dalam hutan tepi sekolah. Gembiranya makcik tak tau nak cakap. Tentulah susah ayah makcik nak dapatkan kasut tu. Itulah hadiah paling bermakna dalam hidup makcik.

Oja Rozalin : Tak pernah ada hadiah atau ucapan pada hari istimewa atau kerana cemerlang belajar atau kejayaan dalam sukan, tapi saya ok saja kerana saya sudah cukup puas hati dengan apa yang saya dapat. Tapi saat ayah saya datang ke sekolah menhantar nasi lemak berlauk ke kelas saya sedangkan pada masa itu kakinya sakit, jalanpun tengkak.

Saya sangat sedih kerasa saya rasa menyusahkan ayah walaupun saya tak minta ayah hantar kerana kami bukannya ada kend3raan walaupun motor. Saya tak pernah lupa perkara ni-1987. Al-fatihah arwah papa.

BACA: “Tengok gambar bakal suami muka jambu, putih bersih, bibir merah, malam lepas nikah, baru aku nampak yang laki aku bukan calang-calang lembut”