“Ayah aku suka dia, mak pun tak menentang tapi perangai dia sebiji Nia Ramadhani tapi perangainya makin menjadi. Hi semua.
Nak cerita sikit. Kami sebenarnya dua beradik sahaja. Lepas aku lahir, mama disahkan tak boleh mengandung lagi.
So abah pun decide nak ambil anak angkat sebab dorang dua ni suka budak.
Mula-mula sorang. Lepas tu dua dan tiga. Semua lelaki. Dorang ni tak diubah bin. Which mean, dorang taulah dorang anak angkat dan bukan rahsia macam drama tv.
Mak bapak dorang masih ada cuma tak sanggup nak jaga sebab masalah kewangan.
Segalanya pun berjalan sempurna. Kami menerima keluarga ini seadanya. Tak kisah pun berkongsi kasih. Abah dan mama pun tiada perbezaan kasih sayang. Semua sama rata layanan.
Tapi kehidupan kami mulai berubah sejak abah decide nak ambil sorang lagi anak angkat perempuan. Waktu tu aku dah 19 tahun dan baru masuk kolej. Kakak pula dah kahwin dan tinggal asing.
Mulanya kitaorang semua menentang keputusan abah. Yalah. Selain aku dah masuk kolej, mama pun dah separuh abad. Patut dah berehat bukannya jaga budak kecil. Kalau nak jaga budak sangat, bagus jaga cucu.
Tapi akhirnya kuasa veto abah juga menang. Lagipun, kesian juga bila dengar cerita bayi yang nak diangkat abah tu anak yatim.
Akhirnya mahu tak mahu, bayi tu pun hadir dalam keluarga kami. Kami panggil Baby sebab dia comel sangat. Hilang semua rasa yang menentang selama ni bila tengok dia. Tiba-tiba kitaorang semua teruja sebab first time dapat baby girl.
Seiring waktu, Baby pun membesar. At first, aku detect yang Baby ni perangai dia tak sama macam adik-adik aku yang tiga orang tu. Nakal dan ganas tu biasalah. Tapi dia ni lain.
Dia dari kecil lagi menunjukkan perangai degil dan kepala batu. Dia punya tantrum tu betul-betul buat hilang sabar. Kuat drama lagi. Itu batu besar, atas kepala juga ada duduk.
Korang ingat tak sinetron Bawang Putih Bawang Merah? Ha, perangai dia sebiji macam Nia Ramadhani dalam cerita tu.
Menghadapi perangai dia yang pelik tu, lama-lama aku jadi pemarah juga. Yalah. Sudahlah sibuk dengan assignment dan beban kerja rumah. Dia lagi nak diurus. Korang tau kan rasa jadi kakak camana? Aku rasa time tu aku dah jadi Kak Ros yang garang.
Semakin Baby besar, perangainya makin menjadi. Paling aku tak tahan bila dia kuat melawan cakap mama.
Pernah dia hempas handphone dan laptop pasal meradang tak mahu cuci piring bila mama suruh. Kami pun tak berani nak lawan mama macam tu. Akhirnya, semua orang jadi pemarah dengan dia.
Baby pun kemudiannya jadi pemberontak. Dia mulai jaja cerita sana sini kami buli dia dan betapa dia tertekan dengan hidup dia. Dia selalu curhat di status media sosial. Bila kami tegur, dia block kami semua.
Bila aku dah kahwin dan ada anak, aku akhirnya malas nak ambil port pasal dia lagi. Dia pun dah sekolah menengah.
Penat aku nak bertengkar dengan dia. Lama-lama ignorance aku jadi silent killer dalam hubungan kami. Bertahun-tahun kami tak bertegur. Bersalam waktu raya pun sekadar formaliti saja.
Sekarang ni, Baby dah masuk U. Walaupun geram dengan perangai dia, tapi aku tetap bagi belanja juga tiap bulan. Yuran dan flight dia ke U, kakak yang tanggung. Bila pandemik melanda, dia balik rumah.
Aku harap sangat pendidikan yang dia terima di U akan ubah dia jadi manusia. Tapi malangnya dia begitu juga. Semua benda nak dijadikannya bahan memberontak.
Paling aku kesian tu mama sekarang sakit. Kaki mama kena potong sebab kencing manis. Tapi dia tak peduli pun pada mama. Jenguk mama pun jarang padahal duduk serumah. Bila ditegur, alasannya sibuk study online.
Dua minggu lepas, ada orang bagi skrinshot pada aku tentang curhat si Baby di media sosial. Yalah kami kan kena block. Manalah kami tahu apa benda dia tulis. So bila aku terima skrinshot tu, aku terkejut sangat.
Katanya, dia tak dapat nak fokus study sebab sibuk jaga mama while kakak dan abangnya lepas tangan. Eh? Hello? Dia lepas makan pun tak basuh piring. Mak aku yang di kerusi roda tu yang cuci piring dia.
Kami ni bergilir ulang alik masak di rumah mama hari-hari. Dia pula hari-hari bodek abah makan foodpanda.
Aku yang dah lama tak menegur dia pun akhirnya menegurlah juga sikapnya yang suka jaja cerita tu. Bagi aku kali dia dah melebih. Aku tak faham apalagi yang dia rasa malang dengan kehidupan dia. Aku tak faham kenapa dia kena play victim sentiasa.
Tapi teguran aku dibalas dengan berdas-das tembakan dari si Baby. Habis semua cerita lama diungkitnya tentang kegarangan aku.
Dia tuduh kamilah punca perangainya jadi teruk begitu. Dia kemudiannya cakap yang aku tak berhak nak campur urusan dia sebab kami bukan keluarga.
Aku pun mengalah. Aku malas nak bertengkar dengan dia. Karang tak pasal-pasal aku pula masuk hospital sakit jantung macam mama bila habis bertengkar dengan dia.
So ku minta maaf pada dia kalau betullah aku punca dia rosak macam tu. Aku ajak dia berdamai. Aku cuma minta jangan jaja cerita lagi. Itu saja. Tapi permohonan maaf aku dia tolak mentah-mentah. Penuh egois dia suruh aku pergi mati.
Part ni aku rasa dia dah melebih sangat. Tapi instead of marah, aku jadi sedih. Sedih sangat. Sedih dan kesian.
Ya. Aku sedar aku garang macam Kak Ros. Dan mungkin dia naif sangat tak tau beza mana garang mendidik dan mana garang tak bertempat. Atau mungkin dia rasa aku garang tak bertempat kot. Entahlah.
Setelah permohonan damaiku ditolak, kami pun tak bertegur sapa semula. Takkan aku nak melutut minta maaf kot? Bukannya aku pernah dera dia pun.
Garang-garang kakak biasalah. Kakak aku pun garang. Tapi kita taulah batas kita. Anak yatim tu. Takkan nak khianat amanah Allah dengan menderanya? Agak-agaklah.
Tapi begitulah.
Kadang aku pujuk diri mungkin ni ujian Allah nak uji keikhlasan kami dalam menjaga amanahNya. Padan muka juga siapa suruh ambil anak angkat ramai-ramai kan?
Sedang darah daging pun boleh putus saudara, apakan lagi yang tiada kaitan. Manalah tahu kalau aku bersabar, jadi asbab aku masuk syurga.
Entahlah.
Ikutkan hati mau saja ku tampar-tampar, ku smack down dan ku flying kick dia. Betul-betul tak sedar diri. Haih. Jangan ungkit. Hilang pahala.
Jadi apa pengajaran dari cerita aku? Bagi akulah, ni muhasabah aku.
Pertama,
Kalau korang nampak anak korang pelik, pergi bawa jumpa doktor. Mungkin dia ADHD, mungkin bipolar, mungkin autisme. Jangan tau nak menghukum saja. Kita dulu-dulu tak ada kesedaran pasal benda-benda ni.
Mungkin si Baby ni bipolar kot. Aku agaklah. Atau narsistik. Atau rotten. Entahlah.
Kedua,
Kalau korang decide nak ambil anak angkat ramai-ramai, think again. Ingat, mengambil anak angkat itu ertinya menggalas tanggungjawab dan amanah. Apalagi kalau anak yatim.
Perlu ingat juga yang itu bermakna korang tempatkan individu asing dalam satu rumah atas nama keluarga.
Ketiga,
Isu garang-garang ni konsekuensnya sepanjang hayat. Ada orang boleh terima. Ada yang jadi dendam. Hati manusia tak sama. Kalau terkena macam hati si Baby, masya Allah…!
Keempat,
Entahlah banyak lagi kot muhasabah aku boleh kutip.
Jadi itu sajalah confession aku. Harap bagilah aku pendapat macamana nak hadap perangai si Baby ni ya. Thanks sudi baca.
BACA: