Semalam, pelakon Fattah Amin enggan melafazkan talak kepada Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari
kerana dia masih menyayangi isterinya, walaupun Fazura nekad untuk dilepaskan.
Menurut laporan Oh Bulan, seorang individu telah memuat naik hantaran di X yang berharap agar
Fattah Amin dapat menyelamatkan rumah tangganya bersama Fazura.
Individu tersebut percaya bahawa Fattah tahu apa yang perlu dilakukan untuk memujuk isteri tercintanya,
Terutama dengan ulang tahun kelahiran Fazura yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini.
“Saya percaya Fattah seorang suami yang baik dan Fazura juga seorang isteri yang baik
. Saya berharap dalam tempoh dua minggu sebelum hari prosiding seterusnya, mereka berdua dapat menyelesaikannya secara baik.
“Ulang tahun Fazura pada Jumaat ini (27 September) dan Fatima pada 2 Oktober depan. Awak tahu apa yang sepatutnya awak buat, Fattah,” katanya.
Untuk pengetahuan, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun.
BACA: Harta Lee Chong Wei bertambah RM80 juta, semua selepas hasil penjualan tanah