Automatik kaya kalau ada sekeping, duit syiling RM1 lama kini bernilai RM10K

Oleh MHDAILY

Automatik kaya kalau ada sekeping, duit syiling RM1 lama kini bernilai RM10K. . Zaman sekarang ini duit syiling yang paling besar nilainya adalah duit 50 sen. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, pada zaman dahulu terdapat duit syiling yang bernilai RM1. Sekarang sudah tiada lagi kelihatan dan hanya wang kertas sahaja digunakan bagi nilai RM1.

Jika anda seorang pengumpul syiling-syiling lama, mungkin ada nilai syiling tersebut yang sangatlah tinggi dan mungkin akan membuat anda rambang mata.

Contohnya di sebuah portal membeli-belah terkenal Lazada, seorang pengguna menjual syiling RM1 tahun 1994 pada harga RM 10 ribu!

Duit syiling RM1 lama dijual RM10,000 sekeping, ini 7 sebab yang perlu anda tahu
Banyak betul nilai duit tu, tapi jangan terkejut kalau ada orang yang sanggup bayar RM 10 ribu hanya untuk mendapatkan sekeping syiling tersebut. Di Malaysia boleh tahan juga bilangan orang yang mengumpul wang lama.

Automatik kaya kalau ada sekeping, duit syiling RM1 lama kini bernilai RM10K

Terdapat sebuah kelab yang ditujukan khas bagi pengumpul wang lama ini dan nama kelab tersebut adalah Kelab Numismatik Malaysia. Numismatik bermaksud wang lama. Dan pada tahun 2013 sahaja bilangan mereka sudah mencapai 52,826 ahli.

Duit syiling RM1 lama dijual RM10,000 sekeping, ini 7 sebab yang perlu anda tahu

Automatik kaya kalau ada sekeping, duit syiling RM1 lama kini bernilai RM10K
Walaupun tidak ramai followers, akan tetapi sudah ada beberapa kumpulan Facebook yang timbul seperti Hantu Duit-Duit, Lot Gila Duit, dan Kemaruk Duit Lama.

Di bawah ni merupakan 7 sebab kenapa nilai wang lama begitu mahal sekali:

1. Low Mintage (Jumlah pengeluaran / tempaan yang sedikit)
2. Kepelbagaian syiling (Jenis logam, kilang tempa)
3. Sejarah duit itu sendiri
4. Kondisi duit tersebut (VG, F, VF, EF atau UNC)
5. Lambakan duit syiling sama pada satu masa
6. Duit syiling error
7. Permintaan dari pengumpul duit lama

Menarik kan? Jadi kepada anda di luar sana, kalau ada wang lama yang tidak digunakan bolehlah jual dapat RM10 ribu. Dan adakah anda berminat untuk menceburi bidang mengumpul duit lama?

BACA:

Berdekah bila Maryam salah sebut minum air suami, “air suam la!”

Menuju tahun 2035: ‘Anak bangla bakal jadi ahli parlimen’