Sabtu lalu, tular beberapa video yang menunjukkan warga Palestin mencetuskan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL)
. Insiden tersebut mencuri perhatian ramai apabila ia disahkan berlaku sekitar jam 5 petang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Markas ATM Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan,
insiden itu dipercayai berlaku kerana warga Palestin tersebut mahu proses permohonan mereka untuk pulang ke Palestin dipercepatkan.
Kekecohan tersebut kemudiannya menyebabkan pegawai serta anggota ATM yang bertugas turun padang untuk berbincang dengan mereka.
Nasib baik, situasi tersebut dapat dikawal dengan baik tanpa sebarang pergaduhan atau kecederaan.
Namun, sedikit kerosakan pada perabot di WTKL dilaporkan berlaku. Warga Palestin yang terlibat akhirnya bersurai sekitar jam 7.30 petang.
ATM turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut. Ini bukanlah kali pertama insiden seperti ini berlaku, kerana pada Oktober tahun lalu, seorang wanita warga Palestin juga membuat kecoh di hadapan Balai Pengawal WTKL.
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, mengecam tindakan wanita tersebut dan turut memohon maaf kepada Malaysia atas insiden tersebut.
Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mahu isu ini diperbesarkan dan menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka terhadap perjuangan Palestin.
1 thought on “ATM dedah sebab apa warga Palestin buat bakar cadar di Wisma transit”