Ativa Hybrid dah sampai! Orang ramai teruja tengok atas lori. Jika dilihat pada bahagian bampar belakang Ativa ini, kelihatan rekaannya berbeza berbanding model Ativa yang dijual buat masa ini.
Berbanding memiliki elemen berbentuk-L pada sudut yang bertemu dengan segmen melengkung pada apron bawah, Ativa yang diangkut treler ini mempunyai lampu kabus yang dikelilingi lima-sisi yang diasingkan dari kemasan hitam.
Tapi kalau nak dikatakan Ativa bakal mempunyai suntikan lebih segar, rasanya terlalu baru ia perlu dilakukan memandangkan usianya masih setahun jagung dengan pelancarannya pada Mac tahun lalu. Dan, apa yang ditampilkan pada Ativa yang diangkut oleh treler ini jelas memberikan gambaran ia adalah versi hibrid yang dicanang-canangkan sebelum ini.
Nampak gayanya, masa yang dinanti-nanti bakal tiba tidak lama lagi, kerena Ativa yang diangkut dengan treler ini tidak ditutup balutan penyamaran, bahkan ia juga memiliki lencana Perodua. Walau pun Perodua masih belum mengesahkan bila Ativa versi hibrid ini bakal dilancarkan, namun ternyata ada beberapa unit sudah berada dalam stok. Ada khabar angin turut menyatakan hanya sekitar 300 unit sahaja yang akan ditawarkan.
Untuk bahagian hadapannya, kita tidak dapat melihat gambaran yang lebih jelas, namun kelijatan lampu utamanya mirip dengan unit yang ditampilkan pada Rocky. Apa pun, ia memiliki rupa yang agak berbeza dengan kembar versi Jepun itu, yang memiliki gril honeycomb dan potongan segi tiga untuk lampu kabus hadapan dan lampu nyalaan siangnya.
Melihat rekaannya yang agak mirip dengan Rocky e:Smart Hybrid (sekurang-kurangnya pada bahagian belakang), mungkin SUV ini adalah model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun sebelum ia di‘rebadged’ di sini. Kod nama bagi Ativa Hybrid ialah D47B, manakala Ativa biasa pula D55L.
Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid yang dilancarkan di Jepun pada November lalu, dikuasakan oleh siri sistem hibrid yang ada persamaan dengan cara kerja sistem pada e-Power Nissan. SUV berkenaan dikuasakan oleh motor elektrik 106 PS/170 Nm, dengan enjin WA-VEX 1.2 liter kitaran Atkinson tiga-silinder yang bertindak hanya sebagai generator. Enjin petrolnya menghasilkan 82 PS pada 5,600 rpm dan 105 Nm tork dari 3,200 hingga 5,200 rpm.
Pendekatan ini membolehkan transmisi biasa digugurkan dan digantikan dengan motor pendorong elektrik dan unit motor-generator yang selari untuk tatasusun yang lebih kompak. Sistem e-Smart Hybrid ini menurut Daihatsu akan disertakan juga untuk model kei kar JDM. Kelebihan lain sistem ini adalah bateri lithium-ion (4.3 Ah) bersaiz kecil dan cekap kos.
Di Jepun, Rocky e:Smart Hybrid ditawarkan dengan dua varian yang dijual pada harga 2.116 juta yen (RM69,577)dan diikuti dengan varian tertinggi Premium berharga 2.347 juta yen (RM77,172). Untuk model semasa Ativa, ia diberikan enjin 1KR-VET 1.0 liter pengecas turbo tiga-silinder yang berharga antara RM62,500 dan RM72,600.
BACA:
Fahmi Feza selamba tolak jemputan TMJ nak jumpa, “saya harap kamu faham”
Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut