“Asyik makan tidur..abang hidup macam orang bujang aku geram kakak ipar malas masak”

Oleh FAHMI ABBAS

Sama ada suri rumah atau wanita berkerjaya, kebanyakan mereka lebih cenderung untuk makan di luar berbanding memasak kerana ia lebih mudah dan tidak memenatkan.

Malah, ada juga yang menjadikan rutin memasak hanya pada hujung minggu kerana itu adalah masa terbaik untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Menerusi hantaran yang tular, seorang wanita berkongsi masalah rumah tangga abangnya dan isterinya yang dipercayai berpunca daripada isu makan malam di luar.

Memulakan cerita, wanita ini berkata abangnya yang berusia 34 tahun menegur sikap kakak iparnya yang enggan memasak di rumah seperti isteri-isteri lain.

“Abang aku tak suka makan kat luar, tapi isteri dia minta… kali ini dia tegur sebab membazir.

"Asyik makan tidur..abang hidup macam orang bujang aku geram kakak ipar malas masak"

“Tapi isteri dia jawab yang bukan selalu pun makan kat luar dan dia penat memasak setiap hari. Pada masa yang sama, dia merungut yang dia bukanlah tunggul kayu dan teringin nak ada orang masakkan untuk dia,” ujarnya.

Menurut wanita ini lagi, abangnya makan di luar kira-kira tiga hingga empat kali seminggu walaupun kakak iparnya hanya seorang suri rumah dan mereka masih belum mempunyai anak.

Dia juga menyifatkan kehidupan abangnya kini seperti di zaman bujang kerana kebajikannya sebagai suami tidak terjaga.

Bukan itu sahaja, kakak iparnya juga tidak pernah menghidangkan makanan untuk abangnya, sama ada sebelum pergi mahupun selepas pulang kerja.

“Abang aku cuti sehari je seminggu. Boleh dikatakan setiap hari dia pergi atau balik kerja tak makan.

“Macam hidup zaman bujang yang tiada isteri nak masakkan. Kesian tengok tapi aku faham la isteri tu pun kadang-kadang penat buat kerja rumah, tapi mereka tak ada anak dan tinggal di kondo yang memang bersih.

“Kakak ipar aku cakap yang dia bukan makan tidur je dekat rumah, dia buat macam-macam… tapi masa aku cuti semester dan tinggal dengan mereka, memang dia makan dan tidur je,” ujarnya sambil berkongsi situasi yang dialami abangnya.
Lebih menyedihkan, dia melihat abangnya yang melakukan kerja rumah termasuk mengemas, membasuh, dan menjemur pakaian.

Namun, wanita ini berkata abangnya tetap memberikan duit bulanan kepada isterinya demi melunaskan tanggungjawab dan nafkah.

Hantaran yang dibuatnya menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Kebanyakannya meminta wanita ini untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya kerana dikhuatiri terdapat isu tersembunyi.

“Biarlah nak masak ke tak, kami makan luar hari-hari atau kat tempat kerja. Memang rasa sedih kadang-kadang tapi nak beli barang basah tu lagi mahal.

“POV aku sebagai suri rumah, kakak ipar kau tu penat duduk rumah sebab suami kerja sampai malam dan dia tak ada kawan.

“Jangan sibuk hal orang, kenalan kita macam ni juga… anak tiga. Dulu dia rajin masak setiap masa, semua buat sendiri sebab tak mahu membazir tapi suami dia habiskan 10K (RM10,000) untuk perempuan simpanan bercuti dan sejak itu dia tak buat apa-apa dah,” ujar beberapa warga maya.

Baca Juga:Jamal Abdillah pelik Zaki Yamani rahsiakan keputusan SPM ini sebabnya