Asyik main tiktok, pelajar pening tak dapat jawab exam tulis ‘kamu nanya’ di ruang jawapan. GURU merupakan insan yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana jasa besar mereka dalam mendidik anak bangsa.
Bagaimanapun, entah di mana silapnya, sebilangan murid pada hari ini dilihat semakin hilang rasa hormat terhadap guru dan tidak cakna tentang akademik masing-masing.
Terbaharu, seorang wanita, dipercayai guru turut berkongsi kekecewaan apabila seorang murid sengaja menulis jawapan yang salah ketika menduduki peperiksaan.
Menerusi foto yang dimuat naik, terdapat tiga soalan dalam tulisan Jawi pada halaman kertas peperiksaan berkenaan.
Netizen berharap ibu bapa lebih peka dengan pendedahan media sosial yang memberi impak buruk kepada anak-anak. (Gambar Hiasan)
Apa yang mengecewakan, ketiga-tiga soalan dijawab dengan ayat “kamu nanya???” yang merupakan slang popular di TikTok.
Bukan sekali, sebaliknya ayat “kamu nanya???” ditulis sebanyak lapan kali pada ruangan jawapan untuk tiga soalan berkenaan.
Menurut guru tersebut, perasaannya bercampur-baur tatkala melihat jawapan berkenaan memandangkan proses untuk menghasilkan soalan peperiksaan bukannya mudah.
“Perasaan bercampur baur bila tengok ni. Buat set soalan bukan senang ya anak-anakku.
Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?
GURU
“Nak kena kaitkan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), lepas tu kena tengok soalan tu mencapai tak tahap (penguasaan) C1 hingga C6.
“Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?” soal wanita itu menerusi ciapan di Twitter.
Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap murid tersebut yang dianggap tidak menghormati ilmu.
Malah, ramai yang turut mengaitkan pendedahan melampau media sosial sebagai salah satu punca kepada sikap biadab murid terhadap guru.
“Benda begini bermula dari rumah. Banyak sangat terdedah kepada media sosial. Banyak screen time, mak bapak tak ambil peranan bimbing anak.
“Benda macam ni bukan salah cikgu. Cikgu dah buat yang terbaik, jangan sedih. Ini sebab kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Biarkan anak-anak terdedah kepada media sosial dan jadi macam ni.
“Bila budak-budak lebih peduli content TikTok daripada membaca. Beginilah jadinya,” tulis beberapa netizen.
BACA :
Boss Mydin sanggah MP Pas Menu Rahmah punca penyakit
Ahli Parlimen PN dedah kisah payudara dalam sidang parlimen, rupanya ini ceritanya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio