Pada masa kini, aplikasi dan platform media sosial semakin popular di kalangan ramai orang. Namun, bersama dengan perkembangan ini,
terdapat peningkatan dalam kecurian data dan kemunculan akaun-akaun palsu yang sering digunakan untuk kepentingan tertentu yang boleh memudaratkan.
Akaun-akaun palsu ini biasanya digunakan untuk memfitnah, menyebarkan berita palsu, atau oleh penipu (scammer) untuk menipu dan memperdaya orang lain.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang juga seorang guru, Arifah Raedah, berkongsi beberapa tangkapan skrin
menunjukkan gambarnya digunakan oleh scammer di laman Facebook untuk mencari jodoh.
Dalam tangkapan skrin yang dimuat naik oleh cikgu tersebut di Twitter, dia memaklumkan bahawa individu tersebut telah menggunakan gambar dan namanya untuk mencari pasangan hidup.
Yang menggelikan hati adalah scammer berkenaan mendakwa dirinya berusia 44 tahun dan telah bergelar janda dengan dua anak.
Sedangkan, cikgu muda tersebut baru berusia dalam lingkungan 20-an dan masih mempunyai suami.
Perkongsian ini jelas menimbulkan kemarahan di kalangan warganet kerana scammer tersebut menggunakan foto cikgu Arifah untuk tujuan yang tidak betul.
Kejadian ini bukan sahaja mencemarkan nama baik guru tersebut, tetapi juga memberi imej kurang baik terhadap profesionnya sebagai pendidik. Antara komen-komen netizen:
“Report akaun tu…”
“Berhati-hati lah jika anda berkenalan dengan sesiapa di laman sosial, terutama dalam group cari jodoh/pasangan seperti ini. Jangan mudah percaya, terutama jika anda belum pernah bertemu mereka secara bersemuka. Takut nanti terkena tipu.”