Asalkan ada pisang dan kelapa parut je, boleh buat sarapan kuih tradisi

Oleh SURIANI HAMDAN

Asalkan ada pisang sesikat dua ikat dan kelapa parut, anda boleh cuba resepi kuih tradisi Perak ini.

Macam lepat pisang tapi lepek dibakar. Cara adun tepung dan pisang macam buat jemput-jemput atau cucur pisang.

Hanya lepek atau juga dipanggil tepek pisang ini dileperkan.

Asalkan ada pisang dan kelapa parut je, boleh buat sarapan kuih tradisi

Tabur kelapa dan balut dengan daun pisang.

Ikuti resepi mudah dikongsikan Sharifah Intan ini:

Bahan-bahan:

2 ikat pisang emas/lemak manis
3 senduk tepung gandum
2 sudu gula merah
1 biji kelapa parut putih (letak garam sedikit)
Cara-caranya:

1. Lenyek pisang sampai hancur

2. Tambahkan tepung dan gula

3. Gaul sebati

4. Letakkan adunan pisang di daun pisang tapi jangan letak banyak nanti terkeluar.

5. Letak kelapa parut

6. Lipatkan daun pisang, bakar atas kuali tanpa minyak.

Baca:“Masa ayah koma, keluarga ayah senyap-senyap tukar hak milik syarikat dan ambil duit company, itulah pertama kali aku nampak ibu menangis”