Arab Saudi umum larang rakyatnya bekerja waktu tengah hari

Oleh MHDAILY

Arab Saudi umum larang rakyatnya bekerja waktu tengah hari. Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi (MHRSD) mengumumkan peraturan larangan bekerja dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang (waktu tempatan) selama tiga bulan, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Meliputi semua syarikat dan organisasi swasta, larangan itu akan berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 15 September tahun ini.

Menurut Saudi Gazette, langkah tersebut melibatkan sekitar 2.74 juta pekerja lelaki dan wanita terutamanya dalam sektor pembinaan.

Larangan itu selaras dengan keputusan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Ahmed Al-Rajhi. Beliau mahu melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja sektor swasta yang bekerja di bawah pancaran terik matahari ketika tengah hari dan awal petang.

Susulan keputusan tersebut, sektor swasta diminta menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat untuk menghindari pekerja daripada risiko dan bahaya disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari serta habas panas.

Arab Saudi umum larang rakyatnya bekerja waktu tengah hari

Pekerja sektor minyak dan gas, di samping penyelenggaraan serta perkhidmatan kecemasan adalah dikecualikan, namun langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk melindungi mereka.

Pada tahun lalu, pegawai-pegawai penguatkuasa telah menahan beratus-ratus orang kerana melanggar arahan larangan kerja waktu tengah hari itu.

Di bawah artikel 236 Undang-undang Buruh, syarikat dan pertubuhan yang melanggar peraturan itu boleh didenda tidak kurang daripada SR3,000 (RM3,511) dan tidak melebihi SR10,000 (RM11,705) bagi setiap pelanggaran.

Hukuman itu termasuk menutup organisasi atau syarikat terbabit selama 30 hari. – Agensi

BACA:

Pakar perjelas jenis ron petrol yang sesuai ikut model kereta

Apa dah jadi, Elon Musk tak jadi pula beli Twitter

Kena ‘prank’ dengan catering tak sampai-sampai, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri

Leave a Comment