Arab Saudi dan Iran berdamai bikin Amerika dan sekutunya ‘goyang’, ini benda besar yang berlaku.
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, mengalu-alukan jemputan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman untuk berkunjung ke negara baginda.
Ia bagi membincangkan mengenai urusan perdamaian antara kedua-dua negara.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Staf untuk Hal Ehwal Politik Presiden Iran, Mohammad Jamshidi, hari ini.
“Dalam satu surat kepada Presiden Raisi… Raja Arab Saudi mengalu-alukan perbincangan antara dua negara saudara dan menjemput beliau ke Riyadh.
“Raisi mengalu-alukan jemputan berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Twitter.
Iran dan Arab Saudi bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan akan datang selepas terputus selama tujuh tahun lalu.
Pengumuman hasil rundingan yang dikendalikan oleh China itu bakal mempunyai implikasi meluas di seluruh Asia Barat.
China menjadi pengantara dalam rundingan damai antara Riyadh dan Teheran untuk meredakan krisis dua hala.
Menerusi satu kenyataan trilateral, Iran dan Arab Saudi memaklumkan akan membuka semula kedutaan dan misi diplomatik dalam masa dua bulan serta melaksanakan perjanjian kerjasama keselamatan dan ekonomi yang dimeterai lebih 20 tahun lalu.
“Selepas mengadakan beberapa rundingan, Iran dan Arab Saudi bersetuju menjalin semula hubungan diplomatik dan kembali membuka kedutaan dan misi dalam tempoh dua bulan,” jelas kenyataan bersama itu.
Kenyataan itu disiarkan dalam laman media rasmi kedua-dua negara.
Riyadh memutuskan hubungan dengan Teheran selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada tahun 2016 susulan negara itu melaksanakan hukuman mati terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr.
Pengumuman itu menyusuli rundingan selama lima hari di Beijing dan siri dialog di Iraq dan Oman, merangkumi penjajaran semula dan usaha untuk meredakan ketegangan di rantau itu.
Pengenduran ketegangan antara Arab Saudi dan Iran berpotensi membentuk semula hubungan di seluruh Asia Barat yang dicirikan oleh pergolakan sejak puluhan tahun lalu.
Iran dan Arab Saudi menyokong pihak pesaing di beberapa zon konflik termasuk Yaman, yang mana kumpulan Huthi di sokong Teheran, manakala Riyadh mengetuai pakatan ketenteraan menyokong kerajaan.
Kedua-dua negara itu juga berebut untuk memegang pengaruh di Syria, Lubnan dan Iraq.
BACA: