Apabila kanak-kanak tertua dalam kelas berumur 69 tahun, lain pula yang jadi

Oleh MHDAILY

Apabila kanak-kanak tertua dalam kelas berumur 69 tahun, lain pula yang jadi.

Anda tidak pernah terlalu tua untuk mencapai impian dan matlamat anda, terutamanya sesuatu yang penting seperti mendapatkan pendidikan.

Seperti apa yang dilakukan oleh Durge Kami, 69 tahun, dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin

Apabila kanak-kanak tertua dalam kelas berumur 69 tahun, lain pula yang jadi

Dan tinggal terlalu jauh dari sekolah menyukarkan beliau untuk menerima pendidikan formal sebagai seorang kanak-kanak.

Tetapi itu tidak menghalangnya untuk menamatkan persekolahan pada usia sekarang ini.

Beliau adalah pelajar tertua di sekolahnya dan rakan sekelasnya menerima dia dengan baik dan mereka memanggilnya ‘Bajee’, atau ‘atuk’ di dalam bahasa Nepali.

Setiap hari Durge perlu berjalan kaki untuk ke sekolah, walaupun ia mengambil masa satu jam setengah hingga dua jam tetapi beliau tetap kuat untuk meneruskan usahanya. Pada waktu rehat Durge akan bermain bola tampar dan bola sepak bersama pelajar lain.

Dahulu beliau merasakan pendidikan tidak bernilai ketika dia masih muda,namun kini beliau melihat betapa pentingnya pendidikan dan ingin terus belajar sehingga dia dapat menunjukkan kepada orang lain kehebatan kehendak dan harapan.

Durge berharap bahawa kegigihannya itu dapat menjadi contoh untuk golongan muda dan tua.

“Bersungguhlah kamu dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.” –Imam Al-Ghazali

BACA: 

“Dari pengakuan isteri saya, sudah tiga kali.”, Ketua Kampung buat hal! Ajak isteri orang berzina di hotel!

Kecoh Fiza Halim ‘sondol’ Engku Emran, sekali ini respon tuan badan buat netizen ingat neraka