Difahamkan melalui kenyataan bekas isterinya, Ira Kazar, selepas mereka bercerai pada 5 September,
Pengarah terkenal Syamsul Yusof menuntut beberapa perkara,
termasuk meminta semula harta yang telah diberikan sebelum ini.
Menurut peguam yang mewakili Ira, Mohammad Fadhil Abdul Razak,
pihaknya tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Syamsul
kerana barangan tersebut diberikan ketika mereka masih berstatus suami isteri.
“Kami bukan tidak mahu bersetuju, tetapi dari segi hukum syarak,
sudah dinyatakan bahawa apa yang telah diberikan tidak akan dipulangkan semula,” jelas Fadhil.