Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim,
Pemangku Sultan Johor, terus bersuara mengenai kualiti padang yang dimiliki oleh sesetengah pasukan dalam Liga Malaysia.
Menerusi laman X miliknya, Tunku Ismail menyatakan bahawa negara jiran seperti Thailand dan Indonesia
Mereka mempunyai padang yang berkualiti tinggi, memberikan kelebihan kepada kelab dan pasukan kebangsaan mereka.
Perkara ini jelas berbeza dengan Malaysia, di mana beberapa padang memiliki kualiti yang kurang memuaskan.
“Padang Thailand dan Indonesia.
Infrastruktur bola sepak diberi keutamaan. Kejohanan antarabangsa boleh diadakan di negara mereka, dan ia juga memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan.
“Di Malaysia, semua orang mahukan perubahan tetapi apabila pihak pengurusan lemah dan didesak untuk berubah, yang merungut adalah mereka yang ingin mengekalkan pengurusan masing-masing. Kerajaan sedia membantu setiap pasukan. Apa lagi yang anda mahu? Apa lagi alasan?” tulis Tunku Ismail.
Sebelum ini, baginda menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan padang di Malaysia selepas aksi Liga Super antara Perak dan JDT yang sepatutnya berlangsung semalam terpaksa ditunda buat kali kedua akibat cuaca hujan dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Tunku Ismail menyifatkan keadaan padang di Malaysia masih tidak berubah dan menyukarkan perlawanan bola sepak untuk berlangsung.
“Dah 2024, 90 peratus padang dalam negara masih dalam keadaan teruk. Amat memalukan berbanding dengan negara jiran.
“Negara jiran semua sudah meningkatkan kualiti padang dan infrastruktur bola sepak. Kita hanya bercakap tentang perubahan tetapi tiada tindakan. Peruntukan sudah ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi semua kelab tidak menerima,” kata Tunku Ismail.
Baginda turut mendedahkan bahawa kebanyakan kelab di Malaysia enggan menerima tawaran padang percuma daripada KBS kerana tidak sanggup menanggung kos penyelenggaraan.
“Dapat padang percuma pun tidak mahu terima kerana tidak sanggup untuk menyelenggara padang yang kosnya RM200,000 setahun.
Pemain yang bernilai jutaan ringgit boleh dibeli, kerusi stadium yang berharga jutaan ringgit boleh dibayar.
“Tetapi untuk padang yang hanya RM200,000 setahun dan gaji pemain tidak boleh dibayar. Amat memalukan. Musim tengkujuh sudah hampir tiba.
Berapa banyak lagi perlawanan yang perlu ditunda? Ini membazir dan sangat memalukan,” tambah baginda.
BACA: Kerana kilang Perwaja Steel punca hubungan Anwar dan Tun M retak, ini kisahnya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio