Hubungan antara Johor dan Brunei sememangnya kukuh dan akrab yang terjalin dari zaman Almarhum Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Mahsyur sejak tahun 1960.
Rakaman gambar keberangkatan KDYMM Sultan Brunei Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, ke Kem Iskandar, Mersing pada Mei 2008.
Mengiringi bersama, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor dan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Raja Muda Johor).
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar selamat berangkat kembali ke Negeri Johor, selepas selesai lawatan sehari Baginda ke Negara Brunei Darussalam.
Pesawat Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sekitar jam 5.00 petang dan disambut oleh YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada KDYMM Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini (12 Sept).
Majlis istiadat pengurniaan diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Pada majlis yang sama, Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Hassanal Bolkiah.
Berangkat mengiringi DYMM Sultan Ibrahim ke majlis itu, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
Turut hadir, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Tan Sri Dato Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, dan Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.
Keberangkatan Tuanku Sultan Ibrahim adalah kesinambungan hubungan erat antara Negeri Johor dan Negara Brunei Darussalam yang sekian lama terjalin.
Hadir sama menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Ibrahim, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
#sultanjohor
Rakaman gambar pada 7 Mei 2008.
BACA: Pelajar Malaysia ditahan di Norway kerana menjadi pengintip