Apa dah jadi, Elon Musk tak jadi pula beli Twitter

Oleh MHDAILY

Apa dah jadi, Elon Musk tak jadi pula beli Twitter. ilionair terkaya di dunia, Elon Musk pada Isnin mengancam menarik balik tawarannya untuk membeli perkhidmatan rangkaian sosial, Twitter.

Ancaman itu dibuat selepas rangkaian sosial itu gagal untuk memberikan maklumat mengenai akaun palsu kepadanya.

Twitter telah melanggar kewajipannya di bawah perjanjian penggabungan dan adalah hak Musk untuk tidak melaksanakan transaksi pembelian itu, menurut satu dokumen yang difailkan dengan pihak pengawal selia sekuriti.

Sebelum ini, Musk bersetuju untuk membeli Twitter pada harga AS$$44 bilion (RM193.49 bilion) pada April lalu.

Namun, pengkritik memberi amaran bahawa jika Musk menguasai rangkaian perkhidmatan sosial tersebut, Twitter akan menjadi tempat penyebaran maklumat palsu dan kebencian.

Apa dah jadi, Elon Musk tak jadi pula beli Twitter

Musk mula membangkitkan tentang akaun palsu yang terdapat dalam Twitter pada pertengahan Mei lalu.

Ketika itu, tindakan Musk tersebut dilihat sebagai cara untuk menamatkan proses pengambilalihan atau untuk menekan Twitter supaya menurunkan harga pembeliannya. – Agensi

BACA:

Semua adegan Amber Heard dalam Aquaman 2 bakal dipotong

Dakwaan cukup majoriti tubuh kerajaan, akhirnya Muhyiddin buka mulut

Gelek-gelek pun boleh beli banglo RM5 Juta

Leave a Comment