Apa dah jadi dengan Langkawi? “Bakal bertukar jadi bandar hantu”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Langkawi menghadapi risiko menjadi “bandar hantu” jika bilangan pelancong terus merosot tanpa tindakan berkesan daripada pihak Putrajaya,

Menurut kenyataan dari Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) yang diberikan kepada Malay Mail.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap industri perhotelan, kereta sewa, dan restoran di Langkawi

Apa dah jadi dengan Langkawi? “Bakal bertukar jadi bandar hantu”

Yang semakin tenat akibat kurangnya kedatangan pelancong baru-baru ini.

Pengusaha di pulau ini kini menghadapi risiko kerugian berterusan, dan pulau yang sebelum ini ramai dengan pelancong domestik dan antarabangsa semasa musim perayaan mungkin akan menjadi sunyi jika masalah ini tidak diselesaikan.

LTA menjelaskan bahawa ekonomi Langkawi sangat bergantung kepada sektor pelancongan, dan penurunan pelancong domestik telah memberikan kesan yang signifikan.

Apa dah jadi dengan Langkawi ?? - BEN ASHAARI

Ketua Eksekutif LTA, Zainuddin Kadir, berkata bahawa Langkawi menghadapi risiko untuk menjadi “bandar hantu” sekali lagi seperti semasa wabak Covid-19, dan beliau mencadangkan bahawa satu pendekatan promosi yang khusus perlu diterapkan untuk memulihkan daya tarik Langkawi kepada pelancong, termasuk pelancong domestik.

LTA berharap agar kerajaan negeri dan persekutuan dapat berkerjasama untuk mencari penyelesaian bagi memulihkan situasi ekonomi Langkawi.

“Bakal bertukar jadi bandar hantu”- Apa dah jadi dengan Langkawi?

Mereka juga memberikan maklumat mengenai pengusaha makanan dan minuman yang semakin ramai “gulung tikar” dan pemilik kereta sewa yang terpaksa menjual kenderaan mereka kerana kurangnya pelancong.

Mereka juga menyatakan bahawa tempahan hotel bagi cuti Deepavali dijangka mencatatkan rekod terendah, dengan hanya 10 peratus daripada hotel tiga bintang ke atas yang telah ditempah, dan 58 peratus daripadanya menjangkakan kerugian.

LTA menggariskan bahawa pada bulan Oktober, 31 daripada 163 pertubuhan makanan dan minuman yang berdaftar dengannya telah menutup operasi, manakala syarikat penyewaan kereta telah menjual aset mereka.

Zainuddin menyatakan bahawa restoran di Langkawi banyak mengendalikan pelancong dari luar kerana penduduk tempatan jarang makan di luar.

Keadaan ini telah menyebabkan beberapa pengusaha restoran terpaksa menutup perniagaan dan menghadapi kesukaran untuk membayar hutang bank.

Beliau juga menyatakan bahawa penurunan jumlah pelancong mungkin disebabkan oleh ketiadaan pelayaran feri dan berita di media sosial yang menggambarkan harga makanan yang tinggi.

Zainuddin berharap tindakan proaktif akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

Beliau juga percaya bahawa pemilihan destinasi percutian murah di luar negara, seperti Hatyai di Thailand, telah menyebabkan penurunan minat pelancong untuk memilih Langkawi sebagai destinasi percutian.

Langkawi harus mencari cara untuk menarik semula pelancong dengan harga makanan dan penginapan yang berpatutan.

Situasi ini juga mempengaruhi pendapatan penduduk tempatan yang bergantung kepada industri pelancongan sebagai sumber pendapatan utama.

Keselamatan ekonomi tempatan dan pulau itu secara keseluruhannya berada dalam bahaya jika tindakan tidak diambil untuk meransang semula industri pelancongan di sana.

LTA berharap agar kerajaan dapat mengambil langkah-langkah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi yang menarik kembali pelancong, terutamanya semasa musim cuti akan datang.

Baca:“Tiap bulan mak paksa aku bagi dia RM300, sampai sesak aku dibuatnya, satu hari tu aku dipecat, mak bagi kad bank, rupanya ini yang mak buat dengan duit tu..”