Anuar Zain akui ada peminat larangnya untuk kahwin. Jarang membaca ‘direct message’ atau DM di laman Instagram, penyanyi Anuar Zain memberitahu dia tetap bersyukur kerana ramai peminat yang tidak henti-henti memberi mesej positif.
Bukan sahaja mesej sokongan, Anuar atau nama sebenar Shahrul Anuar Zain turut mendedahkan ada peminat yang menawarkan diri mahu menjadi isterinya termasuklah melarangnya berkahwin.
Penyanyi berusia 52 tahun ini bagaimanapun berkata dia memilih untuk tidak membalas demi menjaga hati peminatnya itu.
“Saya pun tak tahu… sebab tak periksa pun DM sangat. Tapi Alhamdulillah, kalau ada pun kebanyakkan peminat bagi banyak mesej positif dan selalu doa baik-baik.
“Tak ada sesiapa yang mengarut. Yang biasa mesej saya di DM adalah mereka yang pernah tag dan saya repost… mereka ini semua positif saja.
“Mungkin ada la juga begitu (tawar diri) tapi mereka peminat kita, jadi tak nak la kecilkan hati mereka. Mana yang boleh saya balas, saya akan balas.
Bukan senang orang nak suka kita.
ANUAR ZAIN
PENYANYI
“Tapi kalau ada yang saya rasa berat atau tidak sesuai, saya tak balas. Ada juga segelintir yang tak bagi saya kahwin,” katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Sedetik Lebih itu ditemui ketika sidang media konsert The Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 baru-baru ini.
Tiket konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd yang akan diadakan pada 6 Ogos depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sudah habis terjual dalam tempoh tiga hari saja.
Dalam pada itu, Anuar tidak henti bersyukur apabila sentiasa dikelilingi penyokong yang positif malah menyifatkan ia rahmat terbesar apabila masih disayangi peminat sehingga saat ini.
“Itu rahmat juga bila orang sayang kita. Bukan senang orang nak suka kita. Kadang-kadang, tengok muka kita pun orang boleh benci kan.
“Untuk orang suka itu, bukan mudah ya. Bukan senang orang sayang kita kerana pada masa sama, ada juga yang membenci kita padahal kita tak buat apa-apa pun,” ujarnya.
BACA:
Pemilihan PKR : Semua selebriti kecundang
Wanita wajib tahu, beza susut nilai barang kemas emas 916 dan 999
UiTM buka jawatan kosong untuk rakyat Malaysia, mohon sekarang