Angkatan Tentera Malaysia ‘buru’ hacker Malaysia? Puncanya bakal buat negara jiran ‘goyang’.
Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, telah mengumumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bercadang
Untuk memanfaatkan bakat anak muda yang mahir dalam penggodaman sebagai aset baru dalam pertahanan negara.
Inisiatif ini dikenali sebagai Angkatan Masa Hadapan, di mana pasukan ini akan difokuskan kepada ancaman bukan tradisional seperti keselamatan siber, ancaman digital, dan elektromagnetik dalam pertahanan. Malah, pasukan ini akan dilengkapi dengan pakaian seragam yang khas, amat hebat!
Berpandangan dari luar, terdapat banyak anak muda yang terlibat dalam e-sukan. Oleh itu, kami akan menilai kesesuaian mereka untuk diserap ke dalam program ini. Peperangan masa depan akan lebih tertumpu pada sistem-sistem.
Oleh itu, kami perlu meneliti agar tidak tertinggal, kerana negara-negara lain, terutamanya Singapura, telah menjadikan ini sebagai komponen penting dalam perkhidmatan tentera mereka.
Selain itu, Khaled juga berkongsi ramalan penganalisis yang meramalkan bahawa pertempuran dan persaingan kuasa akan melibatkan teknologi canggih seperti dron tidak berawak dan aset yang dikawal dari jarak jauh.
Semua ini menjadi asas untuk kami secara serius mempertimbangkan keupayaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), data besar, dan pendigitalan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM.
Kami berharap cadangan ini dapat diteruskan untuk memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman dari luar.