Angelina Jolie tamat kerjasama dengan UNCHR selepas 21 tahun. Aktres Hollywood Angelina Jolie umum menamatkan perkhidmatannya sebagai wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.
Akui Jolie, beliau akan membawa haluan sendiri selepas dua dekad bersama agensi itu.
Dalam satu kenyataan, Jolie memaklumkan akan meneruskan usaha terlibat dalam isu hak asasi dan kemanusiaan yang lebih mencabar.
Ini termasuk bekerjasama secara terus dengan pelarian dan organisasi tempatan.
Jolie mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 dan kemudian dilantik sebagai wakil khas pada 2012.
Sepanjang tempoh itu, beliau terlibat dengan 60 misi pelarian di lapangan.
Dalam tulisan terbaharunya dalam akhbar The Guardian, Jolie menarik perhatian apabila secara terbuka menyatakan kekecewaannya dengan kegagalan dunia menangani keganasan seksual ketika konflik.
Jolie turut mengecam Majlis Keselamatan PBB yang didakwa menyalahgunakan kuasa veto.
BACA:
Rumah rasmi PM dah jadi tempat dakwah, kali ini ulama besar Mesir pula hadir
Sambal nasi lemak tahan lama, ini rahsia peniaga rupanya
Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan, tak perlu ubat pun
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio