Untuk mengelakkan kita terangkat panggilan daripada scammer atau mereka yang tak dikenali,
selalunya kita akan download aplikasi identiti pemanggil atau caller identity app untuk kenalpasti pemilik nombor pemanggil.
Antara aplikasi paling femes yang kebanyakan orang gunakan ialah Truecaller
Yang bakal memaparkan ID pemanggil serta spam dan block panggilan dari scammer atau telemarketer.
Tapi baru-baru ni, min agak terkejut apabila ada yang memaklumkan di Twitter bahawa apps Truecaller kantoi menjual data pengguna kepada darkweb! Whaaat???
Truecaller jual data termasuk nama, nombor telefon dan alamat emel pengguna seluruh dunia?
Setelah admin membuat sedikit ‘research’, menurut Gatgets Now, data pengguna dari Truecaller termasuklah nama, nombor telefon dan alamat emel pengguna satu dunia kini available on sale di sebuah plaform ‘private’ di internet, dedah seorang penganalisis cybersecurity.
Data pengguna di India yang sebanyak 60-70% iaitu antara pengguna terbanyak Truecaller dari seluruh dunia telah dijual sebanyak 2,000 pound bersamaan RM10,661 kepada darkweb. Bagi data global pulak nilainya sebanyak 25,000 pound iaitu bersamaan RM133,264. Oh my goddd!
Truecaller ‘nafi’ wujud pencerobohan data, ada pengguna salah guna aplikasi
Berikutan isu ini, Truecaller walau bagaimanapun menafikan yang mereka ada terlibat dalam sebarang pencerobohan data pengguna.
Menurut Truecaller, kemungkinan besar ada ‘pengguna’ copy data pengguna lain secara tidak sah. Dengan ini mereka juga menegaskan bahawa tidak ada informasi sensitif pengguna yang telah diambil terutamanya berkaitan detail pembayaran atau kewangan.
Walau bagaimanapun, Truecaller masih menyiasat bagaimana kes ini berlaku. Diharapkan tak adalah data breach yang seperti dilaporkan berlaku tu. Ngeri gak min kalau nombor telefon dapat kat darkweb.
Kalau tak nak pakai apps Truecaller, ada banyak option lagi macam Who’scall dan lain-lain tau. So don’t worry ye korang!