Para pengguna jalan raya kemudiannya turun dari kenderaan mereka dan berpusu-pusu untuk mengutip wang yang bertaburan.
Seorang pesohor media sosial di Hyderabad telah menerima kecaman orang ramai kerana
Membaling sejumlah wang tunai di jalan raya yang sibuk, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.
Menurut rakaman yang dimuat naik di platform YouTube, pemuda tersebut berdiri di tengah jalan dan melontarkan segenggam wang tunai ke udara.
Tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan gangguan lalu lintas dan meningkatkan risiko kemalangan.
Rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemuda tersebut, yang dikenali secara online sebagai ‘its_me_power’.
Polis Hyderabad masih belum mengambil sebarang tindakan mengenai kejadian itu.
Walaupun membaling wang tidak melanggar undang-undang secara langsung, perbuatan tersebut boleh menyebabkan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam.
BACA: Baru tahu rupanya ini punca terjadinya air terjun, air dari celah batu?