Anak tiba-tiba tercekik masa makan ayam goreng restoran ‘M’, rupanya tercekik bulu ayam!
Sampai Terkeluar Bulu Ayam Dari Mulut, Anak Tercekik Ketika Makan Kepak Ayam Goreng McD.
Korang semua mesti pernah makan atau beli makanan di McDonald’s atau McD bukan?
McDonald’s merupakan salah satu restoran makanan segera yang paling popular bukan saja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia disebabkan makanannya yang menyelerakan.
Di Malaysia, restoran ini lebih dikenali dengan McD atau Mekdi.
Baru-baru ini terdapat satu kes mengenai seorang wanita yang tidak lagi berkenan untuk makanan segera McDonald’s kerana ayam yang dibeli mereka di restoran berkenaan.
Ini kerana anak perempuannya telah tercekik sejumlah bulu ayam yang masih terlekat pada kepak ayam goreng McDonald’s itu!
Mulanya dia tidak menyedari kehadiran bulu ayam itu dan hanya menyedarinya selepas dia menyuap 3 ketul kepak ayam kepada anaknya. Anaknya terbatuk-batuk dan bulu ayam terkeluar dari mulut anaknya ketika mereka sedang makan.
.comWanita tersebut yang dikenali sebagai Zhou membuat aduan mengenai ayam tersebut dan penyelia restoran menawarkan pampasan 10 kali ganda dan tambahan bernilai RM184 dalam bentuk kupon dan tunai kepada Zhou
Zhou yang masih tidak berpuas hati enggan menerima pampasan tersebut dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Akhirnya McDonald’s China membuat permohonan maaf secara public di media sosial negara itu dan mengesahkan pihaknya sedang menyiasat tentang kejadian itu.
BACA:
Akhirnya Nurul Hidayah dedah apa yang sudah jadi dengan mata Zahid Hamidi buat ramai nak tahu