Impian semua ibu bapa apabila anak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada semua ahli keluarga termasuk atuk dan nenek.
Namun, ada kalanya yang diharapkan tidak menjadi kenyataan seperti wanita ini yang bersedih apabila anaknya dipulaukan hanya kerana mereka adalah orang yang tidak berharta.
Assalamualaikum saya ingin meluahkan perasaan di sini. Saya ingin meluahkan masalah saya dengan mertua saya.
Saya dah berkahwin sepuluh tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata dan anak saya tiga-tiga adalah perempuan. Alhamdulillah.
Saya berkahwin dengan suami yang merupakan anak sulung dan adik beradik suami saya semuanya lelaki.
Dua orang adik suami saya juga dah berkahwin. Adik ke-2 berkahwin kali kedua, dengan isteri pertama bercerai dan tiada anak dan sekarang adik suami ke-2 tu mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Adik suami ke-3 sudah berkahwin tapi sudah bercerai baru-baru ni atas masalah peribadi masing – masing. Yang saya ingin ceritakan, mak dan ayah mertua saya seringkali lebihkan cucu dan menantu lain. Saya tidak pasti apa sebab saya dan anak-anak saya dapat layanan kurang tidak seperti mereka yang lain, sedangkan saya tidak pernah buat per4ngai.
Kalau balik rumah mertua pun saya layan mereka dengan baik. Yela kita ni menantu, dari awal kahwin tak pernah nak buat apa-apa per4ngai. Saya buat macam biasa dan hormat orang lebih tua tambah mereka adalah ibu ayah suami saya. Kalau masa masak, saya masak kalau tak masak pun saya akan tolong mak mertua di dapur. Kemas rumah kalau balik sana, mula dari awal kahwin sampailah sekarang saya macam ni. Tapi saya tak tahu apa sebab yang mertua saya asyik lebihkan layanan dengan menantu lain dan cucu iaitu anak adik ke-2 suami.
Sebab cucu yang ada sekarang pun hanya anak suami dan adiknya yang no 2 sahaja. Kalau bab kerja, ya saya menantu yang tidak bekerja hanya suami sahaja bekerja dan gaji kecil dari adik-adiknya. Alhamdulillah walaupun gaji tak sebanyak mereka syukur dengan rezeki yang Allah beri.
Isteri adik suami yang kedua bekerja di kedai berdekatan rumah mereka. Kalau setiap bulan suami saya beri duit pada ibunya tapi mungkin tak sebanyak seperti adik – adiknya yang lain sebab mereka bonus banyak dan gaji pun besar.
Mertua pernah juga cerita anak ini bagi banyak ni, yang sorang lagi bagi banyak ni. Yang saya boleh perasan perbezaan layanan ni, kalau saya balik kampung mertua, kami iaitu saya, suami dan anak-anak tiada bilik sendiri.
Adik – adik suami yang lain walaupon mereka tidak tinggal di situ, mereka kalau balik memang dah ada bilik tetap sndiri. Kalau saya balik hari tak tidur situ hanya nak solat sahaja memang kena tumpang la tapi tak kisah sangat sebab sekejap sahaja gunakan untuk solat. Tapi kalau nak tidur memang kami tiada tempat privacy.
Kalau ada waktu mereka yang lain tiada baru la boleh tumpang bilik mereka untuk tidur. Kalau masa sorang ni ada, kami kena pergi ke bilik satu lagi, kalau yang satu lagi ni ada, kena tukar masuk bilik yang satu lagi ni. Kira macam sekejap sana sekejap sini, tak ada bilik tetap.
Kalau nak balik tidur kadang-kadang kena tanya siapa ada, kalau yang adik ke-2 ni ada, kena masuk bilik adik yang ke-3 ni. Tapi kalau diorang nak balik tidur, tak perlu tanya pun. Asal nak balik ja confirm dah ada bilik sndiri. Tak perlu nak mengalah dengan sesiapa.
Adik suami yang ketiga yang sudah bercerai pulak nak tidur bilik sndiri juga. Apa yang saya perasan kalau kami bagitau nak balik, tak ada pun mertua nak kemas – kemas bilik. Kalau kami masuk bilik confirm kena kemas sendiri.
Mertua memang tak pernah kemas bilik – bilik ni. Kalau sebulan tak ada orang duduk, sebulan la dia tak kemas. Ada t4ik cicak sawang dan macam-macam. Kalau kami nak masuk bilik baru sendiri kena kemas tapi kalau menantu lain, termasuk bekas isteri adik suami yang no 3 sebelum ni pun, kalau cakap nak balik mesti mertua sediakan cadar cantik, bilik dikemas elok.
Kalau macam kami ni, masuk – masuk ja nak letak beg kena kemas macam – macam dulu. Ada juga layanan – layanan lain mertua lebihkan menantu lain. Kalau tengok dari segi menantu lain, tak buat kerja pun mak mertua layan mereka lebih.
Kisah yang saya ingat, masa hari raya tahun lepas, mak mertua minta saya masakkan untuk pagi raya pertama. yang menantu sorang lagi duduk dalam bilik. Masa tu raya, adik suami ke-3 beraya rumah mertuanya. Kira suami dan adik ke-2 sahaja beraya di situ.
Saya sedang mengandung anak ke-3 dan menantu sorang lagi juga mengandung lebih kurang dua bulan dari saya masa tu. Saya awal pagi lagi malah dari malam raya lagi dah bertungkus lumus kat dapur. Yang menantu sorang lagi memang tak masuk dah dapur. Samalah pagi raya pun. Saya yang bangun awal walaupon pinggang dah s4kit-s4kit, masak kat dapur.
Menantu yang sorang lagi, dekat pukul lapan baru nampak keluar bilik. Saya tak pasti kenapa, mungkin dia letih agaknya dan yang siapkan hidang di depan, buat air untuk tetamu pun saya dan suami. Dia apa tak buat langsung hal dapur hanya siap pakai baju raya dan ada lagi macam-macam kisah lain.
Kalau bab cucu pula, anak saya ni la seperti dianak tirikan sekarang. Anak saya paling kecil, umur sama dengan anak adik suami yang ke-2 tu. Sebelum bersalin saya scan baby, suami pernah bagitau ibunya yang anak kami perempuan juga.
Suami cakap, jangan orang tak suka pula sebab anaknya keluar perempuan nanti, Tapi suami saya cakap baik – baik la.. Suami saya ni tak pernah pun buat bukan – bukan dekat ibunya. Saya tengok suami layan ibu ayahnya cukup baik. Tambahan pula, anak kami yang atas pun juga perempuan.
Mak suami cakap, “tak ada la, mak layan semua sama.” Sebab masa tu pun kami tahu yang anak biras tu diorang scan nampak lelaki. Lepas dah bersalin, kalau kami balik rumah mertua, ayah mertua saya tak mahu pegang anak saya tu.
Katanya sebab kecil lagi walaupun masa tu anak saya badan berisi dan orang cakap, tulang pon dah keras dah tak nampak lembik – lembik macam baby dah pun. Tapi tetap tak nak pegang. Tapi tak apa.. Sampailah anak saya tu umur 6 bulan masih saya napak ayah mertua tak pernah pegang.
Masa anak adik suami tu masuk ja 2 bulan lebih, saya nampak ayah mertua ambik ja pegang macam biasa. Saya ni bila nampak terfikir kenapa anak aku orang buat tak tahu, pegang pun tak nak tapi anak ipar masing – masing nak pegang, dukung, layan elok pula.
Bila kami balik sama dengan family adik suami tu, yang disambut anak – anak adik suami la. Walaupon anak anak saya dan anak adik suami tu masuk rumah mertua sama – sama ikut pintu yang sama tapi anak – anak saya macam orang tak nampak tak tegur pun.
Masa anak adik suami tak ada lagi, boleh ja layan anak – anak saya yang sulung dan nombor 2. Tapi sekarang memang dah lain. Layanan tu saya nampak memang berbeza. Kalau nak cerita macam-macam la tapi benda ni bukan saya ja perasan, suami pun perasan.
Dia pun cakap kenapa anak – anak dia dilayan seperti itu sekarang. Sedih sangat tambah – tambah kalau bab anak-anak ni. Apa la salah anak – anak aku ini. Kalau balik kampung, saya tengok mertua dua – dua memang layan sungguh la cucu yang anak adik suami tu.
Sampaikan anak saya merangkak pergi kat kaki mertua pun diorang buat tak tahu ja. Kalau anak adik suami tu dari jauh dah panggil, main main dengan diorang. Kadang kadang tu anak saya yang sama umur dengan anak adik suami tu duduk sebelah – sebelah, yang dipanggil cucu sorang lagi tu la. Anak saya macam biasa macam tak nampak ada kt situ.
Ada masa anak saya no 2, umur 6 tahun, sampai tunjuk muka dekat sebelah atoknya, nak dilayan tapi atoknya pun buat tak tahu. Dalam masa yang sama, anak perempuan adik suami tu ada kat situ atoknya pandang dan layan yang tu sahaja.
Kadang-kadang kesian anak – anak saya cuba nak main – main dengan atok nenek tapi diorang buat tak tahu. Sedih rasa. Macam-macam lagi sebenarnya tapi kalau ditanya mesti cakap layan semua sama la, tak lebih kat sesiapa la.
Begitulah luahan hati ni. Kadang-kadang balik duduk rumah masa suami pergi kerja, sorang – sorang terpikir dan hampir kemurungan pun ada. Cakap dengan diri sendiri kenapalah orang buat kami macam ni sebab tak kaya atau apa. Terima kasih admin.