Anak minta hadiah Porsche RM1 juta, ini jawapan padu Kak KM

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Usahawan sensasi, Liana Rosli, tidak pernah ambil peduli terhadap kecaman orang ramai yang mengatakan dirinya terlalu memanjakan anak-anak.

Liana, atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM, malah berbangga dianggap sedemikian kerana baginya, anak-anak adalah amanah Allah yang harus dijaga dan disayangi sepenuh hati.

“Saya memang memanjakan anak-anak sebab mereka adalah amanah Allah.

Saya sayang semua anak saya,” katanya kepada mStar.

Tambah Liana, dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa segala rezeki yang diperolehnya adalah untuk dikongsi bersama keluarga, terutama anak-anak.

Anak minta hadiah Porsche RM1 juta, ini jawapan padu Kak KM

Dalam pada itu, Liana mengakui anak sulungnya, Nabila Razman, ada meminta hadiah sebuah kereta jenama Porsche

sempena ulang tahun ke-21 pada 19 Disember ini, yang dianggarkan berharga lebih RM1 juta.

Namun, menurut Liana, disebabkan harga kereta tersebut terlalu tinggi, dia mempertimbangkan untuk memilih jenama lain sebagai hadiah buat anaknya.

“Dia nak Porsche, tapi harga RM1 juta lebih. Saya sendiri pun hanya guna kereta RM800,000 sahaja! Nak kereta mahal, beli sendiri. Tapi dia ada juga minta Mercedes-Benz, yang harganya sekitar RM800,000. Tengok macam mana dulu, kena kira bajet.”

Liana turut meluahkan rasa syukur atas limpahan rezeki yang diterimanya, yang dapat dikongsi bersama anak-anak dan keluarganya. “Alhamdulillah, bila Allah bagi rezeki, kita kongsikan dengan orang tersayang,” ujarnya.

BACA: “Tiada siapa boleh atasi undang-undang” Menteri Kesihatan respon ahli parlimen merokok di kedai makan