kebiasaan masyarakat didedahkan dengan video insiden yang memaparkan kanak-kanak didera pengasuh
sehingga ada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital.
Namun situasi berbeza dilihat dalam video tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak sanggup ‘menghalau’ ibu sendiri
Dengan penyapu kerana ingin terus tinggal di rumah pengasuhnya.
Bukan itu sahaja, dia juga melarikan diri ke arah pengasuh sambil menangis apabila si ibu cuba untuk memegangnya.
Dia juga meronta-ronta minta dilepaskan ketika ibunya mengajak pulang ke rumah.
Rakaman yang dikongsikan Ainor Legacy itu ternyata mencuit hati warga maya, malah setakat ini mendapat lebih 2.4 juta tontonan.
Susulan itu, warga maya meninggalkan komen dan mengandaikan bahawa kanak-kanak berkenaan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada pengasuh.
“Itu tanda pengasuh jaga anak-anak dengan baik dan kasih sayang. Budak tak akan bohong, bersyukur dapat pengasuh macam tu.
“Memang seronok tengok anak asuhan tak mahu balik, tapi kesian tengok mama dia penat-penat balik kerja… anak buat perangai. Saya awal-awal pesan, mama datang balik tau.
“Dalam hati mak mesti sedih sangat tapi terpaksa hadap demi mencari rezeki untuk anak. Sesuatu perlu dikorbankan.
Haris sentiasa dibawa berjalan-jalan oleh pengasuh.
Haris sentiasa dibawa berjalan-jalan oleh pengasuh.
“Macam mak saya mengasuh, nasib jiran depan rumah saja… malam-malam ketuk pintu sebab suruh mak buatkan susu, ibu dia buat tak sedap dan tak nak minum,” ujar beberapa warga maya.
Berkongsi kisah dengan mStar, Ain Nurasyikin Abd Jamal berkata, ragam yang ditunjukkan Muhammad Haris Norhisham menyebabkan dia terpaksa melepaskan anak sulungnya itu untuk bermalam di rumah pengasuh berkenaan.
Bahkan kata wanita berusia 27 tahun itu, keakraban anaknya yang mesra dipanggil Haris dengan pengasuh tidak dapat dinafikan sehingga mahu mandi pagi di rumah wanita tersebut.
Lepas saja ‘adegan penyapu’ tu, saya dukung dia juga konon nak minta peluk cium tapi terus bawa ke kereta untuk balik. Dia tarik tudung saya dan meronta-ronta.
“Apabila saya lepaskan, dia terus lari peluk kaki pengasuh yang dipanggil Amma. Lagipun jiran-jiran terdekat call tanya pengasuh kenapa anak saya menangis.
“Terus saya bagi beg kuning yang dipegang kepada pengasuh,” katanya.
Walaupun selalu buat ‘drama’ apabila ingin dibawa pulang ke rumah, ada masa juga masanya anaknya yang berusia 2 tahun 8 bulan itu tidak memberontak.
Apabila sampai di rumah pengasuh dia akan terus menjerit dari luar ‘Amma, Haris dah sampai’.
Tambahnya, paling tidak dijangka apabila anaknya buat tidak endah semasa berbual menerusi panggilan video bersama suaminya.
“Ada juga video call dengan Haris malam tu dan ajak balik, tapi dia cakap ‘tak nak balik’. Abah dia bercakap pun buat endah tak endah saja,” tambah kerani syarikat swasta itu lagi.
Disebabkan itu, dia pernah bertanyakan kenapa Haris gemar tinggal dengan pengasuh berusia 45 tahun itu.
Lihat siaran ini di Instagram
Anaknya dengan selamba menjawab seronok berada di rumah pengasuhnya kerana dapat makan aiskrim dan boleh jalan-jalan.
Mana tidaknya, pengasuh yang mempunyai empat cahaya mata itu turut menawarkan perkhidmatan mengambil serta menghantar murid sekolah.
“Pengasuh ni dia hantar dan ambil budak sekolah dan jaga anak saya seorang. Jadi memang anak saya akan ikut ke mana Amma dia pergi.
“Alhamdulillah saya dapat pengasuh yang baik sangat… ada saja video atau gambar yang akan dihantar semasa saya bekerja.
“Masa anak saya masih bayi pun ada ragamnya, rentak tu memang susah pengasuh dia nak ikut tapi dah lama semakin serasi,” katanya yang mengakui tidak berasa bimbang untuk meninggalkan anaknya yang dijaga sejak usia tiga bulan.
Tambahan pula, dia tidak dikenakan bayaran sekiranya terlewat mengambil Haris selain diminta membayar upah mengikut kemampuan.
“Lagi satu, keletah anak saya ni malam sebelum tidur akan ada pillow talk. Saya akan cakap ‘esok bangun pagi, mandi sebab nak pergi rumah Amma’
“Dia akan jawab ‘Amma mandikan’. Jadi apabila hantar memang dengan keadaan tak mandi sebab Amma mandikan best.
“Apabila sampai di rumah pengasuh dia akan terus menjerit dari luar ‘Amma, Haris dah sampai’. Saya pun okay tengok dia gembira,” katanya yang tinggal di Durian Tunggal, Melaka.