Anak kena gangguan dan hilang ingatan selepas ibu tayang kecemerlangan di media sosial

Oleh SURIANI HAMDAN

Anak kena gangguan dan hilang ingatan selepas ibu tayang kecemerlangan di media sosial

Umur, hal ehwal keluarga dan juga harta merupakan 3 perkara peribadi yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Namun pada zaman sekarang, ramai individu yang terlalu galak berkongsikan kebahagiaan di media sosial tanpa menyedari ia turut mengundang perhatian ‘mata’mata’ jahat.

Anak kena gangguan dan hilang ingatan selepas ibu tayang kecemerlangan di media sosial

Tak tahan lagi, jiwanya sentiasa tidak tenang sepanjang masa

Dalam sebuah kejadian yang dikongsikan oleh perawat Islam bernama Ustazah Ayu, dia sempat merawat seorang anak muda dipercayai terkena gangguan mistik.

Semuanya bermula setelah ibunya berkongsikan pencapaian cemerlang si anak di sekolah ke platform media sosial.

Daripada bergelar seorang best student di sekolah, kini jiwanya sentiasa merasa tidak tenang.

@ustazah_ayu_arsyifa♬ Setia Berbalas Dusta – Arief

Kerap pitam bila masuk kelas…Hilang ingatan

Lebih menyedihkan, pelajar cemerlang ini turut hilang minat untuk menuntut ilmu di samping memorinya kian terjejas.

Setiap kali berada dalam kelas, dia mudah pengsan selain mengalami bleeding teruk.

Dalam rakaman tersebut, Ustazah Ayu seakan melakukan rukyah di seluruh badan termasuklah berfokus kepada rahim anak muda berkenaan.

Cukuplah kongsi nikmat dengan keluarga sahaja…Banyak mata jahat memandang

Menjengah ke ruang komen, ramai yang merasa hiba dan sama-sama menjadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Pernah terkena sendiri gangguan yang sama, netizen bersetuju bahawa hal-hal gembira dalam keluarga lebih elok disimpan sendiri sahaja.

BACA: Kecoh NGO dakwa Selangor bakal tutup sekolah agama rupanya Sultan Selangor titah tutup sekolah tahfiz swasta tak daftar dengan JAIS