Seorang wanita tidak menyangka bakal dilamar menjadi isteri kedua hanya kerana sering berkongsi bekal makanan dengan suami orang yang merupakan rakan sekerjanya.
Gadis berusia 25 tahun itu mengakui baru sahaja berkenalan dengan lelaki terbabit selama sebulan setengah ekoran mula bekerja di syarikat berkenaan dalam tempoh empat bulan.
Hubungan mereka semakin rapat hari demi hari hinggalah suami orang itu ‘bergurau’ meminta gadis terbabit untuk masakkan lauk kegemarannya ketika sedang berehat di tempat kerja.
“Aku mula rapat dengan suami orang yang berumur 30 tahun. Tak ingat macam mana boleh rapat.
Tetapi setiap kali terdengar orang cakap buruk mengenai aku, dia akan beritahu.
“Kami kerja dekat kilang. Satu hari, lelaki itu bergurau cakap tolong masakkan untuk dia. Aku jenis suka bagi orang makan. Jadi aku masaklah lauk kegemaran dia seperti yang disuruh.
“Selepas itu, kakak dia mesej tanya makan apa hari ini. Dia jawab ‘isteri nombor dua masak’. Aku gelak sebab dia bergurau. Hari demi hari aku masakkan untuk dia sebab memang tak reti masak untuk seorang makan,” kata wanita itu.
Mengakui tiada niat untuk mengganggu rumah tangga orang, gadis terbabit terkejut apabila dilamar menjadi isteri kedua malah lamaran berkenaan turut direstui oleh ibu kepada lelaki itu.
Difahamkan, isteri kepada lelaki itu bukan sahaja jarang memasak malah bukan juga menantu yang baik kerana tidak pandai bergaul dan gemar berkurung di dalam bilik apabila mengunjungi rumah mentua.
“Isterinya berumur 40-an, katanya memang tak masak. Balik kerja sahaja, makanlah dekat luar hari-hari. Dalam dua minggu lepas, mak dia telefon tanya nak kahwin lagi satu ke? Sebab mak dia memang sokong.
“Mak dia penat makan hati, menantu jenis tak suka bergaul dengan orang dan suka berkurung dalam bilik. Selepas perbualan tersebut, lelaki itu telefon aku pula. Cakap mak dia ajak balik kampung.
“Tiba-tiba aku terfikir, tak akan nak berkahwin dengan suami orang. Tetapi dia cakap tak akan madukan aku. Sebagai suami, dia juga penat makan hati dengan isterinya selama enam tahun macam itu,” kongsinya.
Menurut gadis itu, perasaan serba salah mula timbul apabila menyedari ajakan lelaki bergelar suami orang terbabit bukanlah semata untuk berjalan-jalan di kampung.
Bukan sahaja risau tindakannya kelak akan menganggu rumah tangga orang, wanita berkenaan juga turut merasa bimbang bagaimanakah perasaan kekasihnya sekiranya mengetahui perkara tersebut.
“Aku jadi serba salah. macam menganggu rumah tangga dia pula. Dia cakap bukan salah aku. Tetapi sebagai perempuan, rasanya aku juga yang salah. Sedangkan aku cuma hulur makanan sahaja.
“Jadi sekarang, apa patut aku buat? Dia cakap nak kahwin dengan aku selepas cerai dengan isterinya. Aku buntu. Sampai mak dia paksa aku ikut juga balik kampung nak kenal-kenal. Siap nak taja kalau anak dia kahwin lagi.
“Aku ini sampai fikirkan hati isteri dia. Hati teman lelaki aku. Buntulah, aku suruh cari orang lain dia tak nak. Tolong aku, apa tindakan seterusnya yang patut dilakukan?.” Luah wanita terbabit.
Perkongsian yang berjaya mencuri perhatian ramai itu dibuat wanita berkenaan tanpa mendedahkan identitinya menerusi hantaran dimuat naik di platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio