Anak Che Ta sakan sambut dengan 8 biji kek sempena bevday yang ke-8. Sambutan hari jadi anak kepada selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, Aaisyah Dhia Rana menarik perhatian netizen apabila diraikan dengan 8 biji kek sebagai simbolik usianya yang kini genap 8 tahun.
Perkara tersebut dikongsikan Che Ta dalam Instagramnya, meraikan majlis hari jadi anak perempuan tunggalnya itu bersama ahli keluarga yang lain.
Dalam hantaran itu, Che Ta turut berkongsikan beberapa keping foto memperlihatkan pelbagai jenis kek pelbagai saiz dan corak dengan hampir semua manisan itu menepati tema warna merah .
Menerusi hantaran berbeza, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu juga berkongsi foto Aaisyah bergaya dengan memakai pakaian berwarna merah jambu yang dipadankan dengan skirt berona keemasan.
Perkongsian kemeriahan sambutan majlis hari jadi Aaisyah itu sekali gus menarik perhatian netizen apabila meningg4lkan doa dan ucapan kepada Aaisyah, bahkan ada juga komen-komen lucu ditinggalkan pengikutnya sekadar untuk bergurau.
Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama Zain Saidin pada 2013. Selain turut mempunyai 2 orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya. Minggu lalu, Che Ta memaklumkan mahu meraikan hari lahir Aaisyah sebagai besar-besaran sebaik sahaja anak bongsunya itu sembuh daripada jangkitan c0v1d-19.
Lihat siaran ini di Instagram
BACA:
Dakwaan bunuh, Abang Syazlin Zainal serah siasatan polis
Wanita ini ajar cara sebenar kemas rumah, -“rumah mahal tapi kotor..”
Pesanan ‘manja’ belakang kereta ini buat pemandu hilang fokus ketawa