Seorang wanita mendesak orang ramai agar tidak mempertahankan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH)
yang telah difatwakan sebagai kumpulan ajaran sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis pada Jumaat.
Menerusi hantaran video di laman sosial pada hari Jumaat, wanita tersebut mendakwa
bahawa dia adalah bekas anak jagaan di rumah amal terbabit, namun berjaya diselamatkan oleh neneknya.
Menurutnya, ibunya merupakan bekas pengikut di rumah amal GISBH dan pernah diperdaya oleh pengikut organisasi tersebut.
Kronologi detik hitam yang dilalui ibunya bermula apabila diajak untuk menjadi sebahagian daripada ahli rumah amal berkenaan sebelum diminta berkahwin dengan salah seorang ustaz di situ.
Namun, ibunya kemudiannya diceraikan atas sebab-sebab tertentu dan berkahwin sekali lagi dengan seorang lagi pendakwah dalam organisasi tersebut sebagai isteri keempat.
@malaysiaunfold Anak bekas pemimpin GISB, Sabrina Bolivar minta semua pihak tidak membela GISB lagi. Baru baru ini, PPIM dan Prof Ridhuan Tee dikecam kerana meminta agar GISB tidak difitnah dan menganggap kes jenayah s e k su al di GISB adalah kes terpencil. #malaysiatiktok #gisb #malaysiaunfold #fyp #fypシ #news #malaysia ♬ original sound – Malaysia Unfold
Lebih malang, ibunya dibuli dan diarah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah itu, selain menjadi penjaga kepada anak-anak tirinya.
Wanita itu menyatakan bahawa hingga kini ibunya masih mengalami trauma dan tekanan akibat sejarah hitam yang dilaluinya sepanjang tinggal di rumah rangkaian GISBH.
Wanita tersebut kini dipercayai menetap di luar negara bersama ibunya, yang masih menjalani rawatan akibat kejadian tersebut.
Peka dengan isu yang berlaku di negara ini, dia turut menggesa agar organisasi tersebut dikenakan tindakan undang-undang tegas atas pelbagai kesalahan yang telah dilakukan.
Baca Juga:Cadangan ‘Check in’ jam 4 petang, ‘check out’ jam 11 pagi undang reaksi netizen