Anak Aziz Desa kecewa kategori ikon belia digugurkan, lain pula jadi bila Timbalan Menteri ajak jumpa

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Pengaruh media sosial yang dikenali sebagai Zhiddin Aziz menyuarakan rasa sedih dan kecewa

Apabila mendakwa kemenangan yang sepatutnya menjadi miliknya pada Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) digugurkan pada saat akhir.

Zhiddin berkongsi pengalaman tersebut melalui TikTok, menyatakan bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada penganjur mengenai pembatalan kategori Ikon Belia.

Anak Aziz Desa kecewa kategori ikon belia digugurkan, lain pula jadi bila Timbalan Menteri ajak jumpa

Anak kepada pengacara terkenal era 90-an, arwah Aziz Desa, Zhiddin juga menyatakan rasa kesal kerana tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak penganjur.

“Saya rasa maruah saya diri sangat hina, kerana saya ada terima undangan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

“Tapi kurang 24 jam saya dapat panggilan, mereka membatalkan anugerah kategori tersebut. Tiada sebarang penjelasan.

“Saya telah melalui bermacam peringkat tapisan hingga ke akhir, tempah busana cecah ribuan ringgit. Saya minta ibu mendoakan kemenangan saya dan alhamdulillah doa ibu makbul.

“Tetapi kemenangan saya dinafikan, kenapa dinafikan? Saya tidak menyalahkan Kementerian, saya juga ada tanya kepada pihak mereka,” ujarnya dalam video yang telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan 140,000 tanda suka.

Sebagai respon kepada kontroversi ini, pihak penganjur Sekretariat APBN menerusi Jabatan Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan kenyataan rasmi. Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN memutuskan bahawa tiada pemenang untuk dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi.

BACA: “Walaupun pedih tapi aku gembira akhirnya kakak aku dapat apa dia nak, dulu dia suamiku kini dia abang iparku”