“Anak aku mengandung, aku ingat ini perbuatan orang luar?! Rupanya laki aku pun terbabit sama, tergamaknya dia!
Jarang sekali kita mendengar jalan penyelesaian untuk wanita yang terlanjur mengandungkan anak luar nikah.
Biasa yang kita lihat ialah cemuhan dan sindiran pada mereka yang mungkin tersasar mengikut nafsu.
Memang benar apa yang dilakukan mereka salah tetapi, kita sebagai manusia perlu membimbing dan menasihati mereka bukannya menyalahkan mereka 100% atas tindakan tersebut.
Seorang wanita bernama Zulaikha telah berkongsikan kisah hidupnya di dalam Twitter tentang dirinya yang terlanjur dengan tunangnya sehingga mengandung anak luar nikah.
Kisah aku terlanjur dengan tunang aku, sehingga aku mengandung anak luar nikah.
Menurut Zulaika beliau bertemu dengan tunangnya ketika sedang menuntut di universiti. Ketika itu beliau mempunyai perniagaan tudung atas talian.
“Aku cukup berdikari hidup di universiti, aku tak perlu lelaki bahkan aku benci lelaki sebab aku rasa lelaki ni makhluk pemalas.”
Pada tahun ketiga menuntut di universiti, selepas 8 bulan berkawan dengan seorang lelaki yang rajin berkerja dan baik akhlaknya, mereka bertunang.
Dugaan bertunang bermula
Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah godaan syaitan. Entah kenapa lepas bertunang, dia berani-berani nak sentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa, dia minta maaf dan janji tak buat lagi.
Sebulan mengikat tali pertunangan, mereka diuji. Pada waktu ini semua rakan serumah pulang ke kampung halaman kerana cuti semester.
Housemate bagaikan staff part time aku. Diorang yang banyak tolong aku packing tudung untuk pos, bila diorang balik cuti sem, aku lah kena buat sendiri. Masa ni, tunang aku sukarela nak tolong packing tudung hari itu.
Semasa lakukan packing, pintu rumah dibuka luas, dan kami berdua lakukan tugasan di ruang tamu.
“Sini lah silap aku, jeng, jeng, jeng.”
Sedar tak sedar, kami dah terlanjur. Buat pertama kali perasaan takut dan keliru itu datang. Tapi tunang menenangkan dengan memberi pelukan.
Sejak hari itu, berzina semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti ‘on’.
BACA:
Kenapa wanita bujang suka sangat dengan suami orang, ini sebab buat ramai isteri kecundang
Kenapa McDonald’s tak guna lagi badut Ronald Mcdonald’s? Sebabnya sangat menyeramkan!