Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
“Dengan ini Bukit Gantang mengisiytiharkan menyokong Perdana Menteri.
“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani
Bagi menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf,” katanya.
Beliau mengisytiharkan sokongan ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
Sebelum ini, empat ahli Parlimen daripada Bersatu bertindak menyokong Anwar.
Sokongan itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.
BACA: KKM umum bakal denda RM10000 penjual air kopi, ini punca ramai nak tahu